Wednesday 20 March 2013

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT


Assalamualaikum...

Rasanya dah berapa kurun dah tak ambil port pasal blog ni, pemalas tol..hehe..
Hari ni mood rajen sikit..hehe, sikit jerla..Hari ni marilah kita sama-sama belajar 
beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang betul yer. Sumber ni
ak rembat kat blog masam manis..Blog fav ak, merangkap sifu ak, memang salute habis
la dengan kak ita ni..
 
Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas
 tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.

TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya 
beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur
 yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur 
di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. 
Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan 
lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik 
kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras
 dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur
 dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain.
 Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. 
Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.



Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu
menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap
sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama
6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa,
tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji 
barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah 
memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan 
bahan cecair seperti susu atau jus.


BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras.
Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia 
akan jadi berminyak.Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak 
akan menyebabkan biskut terbantut. 

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi 
bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek
 yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil 
apabila telur di masukkan.

Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan 
dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.

Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah 
mencairkan butter.


Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. 
Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap 
perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. 
Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk
dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru 
dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.Gunakan senduk 
kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan butter dengan margerin 

Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. 
Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak 
dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega.
 Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya ,
 adunan tidak kembang dengan elok.

TIPS MEMBUAT KEK

  • Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg
  •  diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada
  •  yg arif atau tuan empunya resepi.
  • Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, 
  • mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
  • Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering 
  • dan bersih.
  • Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah 
  • di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita 
  • menggunakan bahan yg telah di ayak.
  • Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu
  •  arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan 
  • menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan
  •  mentega.
  • ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan
  • terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. 
  • Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari 
  • suhu panas.
  • Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain
  •  seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula 
  • dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
  • Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan 
  • baking paper. 
  • Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan 
  • pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek
  •  rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
  • Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke 
  • dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak 
  • menyebabkan kek rosak.
  • Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2
  •  sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
  • Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup 
  • kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan 
  • merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya 
  • dgn kertas aluminium foil.
  • Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup 
  • kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses 
  • kejadian kek.
  • Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika
  •  ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
  • Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat 
  • bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.

MASALAH KEJADIAN KEK

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH 
  • Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
  • Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama 
  • di luar dan ia mencair sedikit
  • Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil
  •  sehingga kek masak.
  • Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang 
  • oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada 
  • suhu 190C.
KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
  • Suhu ketuhar terlampau tinggi
  • Gula dan mentega di pukul tidak cukup gebu
  • Kekurangan tepung atau telebih gula
  • Masa membakar terlalu pendek
  • Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan 
  • di rak tengah ketuhar
  • Serbuk penaik berlebihan
KEK MEREKAH
  • Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah
  •  dan hangus
  • Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi
  • Kandungan serbuk penaik terlalu banyak
  • Sukatan tepung terlebih
  • Masa membakar terlalu lama
KEK CHIFFON PENYEK
  • Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku
  • Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan 
  • di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
  • Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.
TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi 
sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau 
kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam 
peti sejuk.

Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk
 dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.

Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar 
beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan
 kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir 
kasar agar biskut kekal garing.Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar
 selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut 
yg telah di salut coklat ye!

Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan 
kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu.Happy Baking!

sumber:masam manis