Keindahan Kota Suci Makkah....
Assalamualaikum semua, & harap semuanya sihat2 & dirahmati Allah s.w.t. Penatnya hari ni, petang tadi ada kursus, balik kursus sambung buat cookies lak, ak buat kuih sambil layan tv Alhijrah & tv1, cerita pasal apa lagi pasal haji la sebab sekarang ni kan musim haji, ak kalau tgk jemaah2 ni ya Allah seriously ak rindu sangt kot nak pi makkah lagi. Rasa sgt bersyukur sebab jd tetamu Allah & ak doakan yg lain2 kat luar sana pn dijemput Allah untuk jd tetamuNya. Ak nak smbung balik pasal cerita ak time ak sampai kt kota Makkah dulu. Macam2 pngalaman la ada, masa tu korang sedarla, bagi ak la kan dalam proses mengerjakan haji ni paling mencabar fizikal & mental ni time korang kena berangkat ke muzdalifah, seterusnya ke Arafah dan ke mina memang kena ada banyak kesabaran & kekuatan yerrrr..
Muzdalifah
Definisi: Berada di bumi Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) hari tersebut. Sebaik-baiknya berada sepanjang malam dalam tempoh tersebut. Namun memadai walau berada seketika sahaja. Sah mabit bagi jemaah haji yang dibawa dengan bas melintasi Muzdalifah dalam waktu tersebut walaupun tidak menjejakkan kaki di Muzdalifah ataupun tertidur ketika bas
melintasinya.
Di muzdalifah ni kena banyak bersabar yer, sebab masa ni semua jemaah berhimpit2, aku tengok dah macam lautan org dah, bercampur ada jemaah indon la, arab la semua dari pelusuk dunia la ada sebab semua wajib bermabit di Muzdalifah ni walaupun sekejap,time ni ak kutip batu dekat muzdalifah, sebab batu tu akan digunakan semasa di Mina nanti, time ni la ak nampk ada jemaah yg buta, sedih sgt hati ni tgk pak cik tu betapa kuatnya dia, buta mata tp celik hati. Kat Muzdalifah ni kalau nak pi tandas kena tarik nafas dalam2 yer kena beratur panjanggggg tapi xsepanjang kat mina & jangan la nak komen2 lak tandas kotor ke apa, korang kena sedorrr korang kongsi tandas dengan beribu2222 jemaaah...sekiannn!
~ haaa macam ni la keadaannya kat Muzdalifah, takda bantal empuk k, sowiiii!! duduk la atas tanah yg beralaskan tikar yg dibawa masing2, sekiannnn~ |
Wuquf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
Kat Arafah ni pn korang kenalah banyak bersabar yer, duduk dalam kemah2 yg dah di sediakan, ak tdo kt arafah alaskan beg ak jer, penat tak yah citer la, memang penat, tp di arafah ni la kena rebut peluang tuk buat amal sebanyak mungkin sebab arafah ni merupakan salah 1 tempat yg makbul doanya, jadi fokus lah tuk beribadah, solat taubat, solat tasbih, solat hajat apa2 la yg seangkatan denganyaa.. berdoa la dengan penuh ikhlas dan khusyu'. Kat arafah ni, ustaz2 kat sana ada bg tau kalau nak berdoa tu duduk la kat luar kemah berdoa di luar kemah tu, patutla bila ak kuar dari kemah ak tgk ramai gak yg berdoa & sembhyg kt luar kemah ni. Nak dijadikan cerita sebelum kiteorg berangkat untuk ker Mina tiba2 ak dengar kecoh jemaah2 ni duk cakap nampak tulisan Allah kt atas langit, ak pn apa lg terus la keluar dr kemah, ya Allah memang betul pn ada tulisan 'الله' atas langit. Ak tergaman & rasa bersyukur sgt2.
Apa2 pun korang tgk la sebahagian tempat kt arafah ni sebagai panduan masa2 akan dtg nanti.
~ kat arafah ak xsempat amik gambar so ni ak amik dr goole tuk korang tgk keadaan di arafah ~ |
~ ni keaadaan dlm kemah jemaah wanita di arafah ~ |
Bermalam di Mina
Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Masa ak smpai di mina ni ak ingt lg waktu subuh. Subuh baru ak smpai, badan ni ya Allah punya la penat tapi ak kuatkan gak sebab penting ak jga stamina ak kat mina ni, kalau ak xberdaya ak xsihat nak pi melontar batu ni silap2 hr bulan memang batal la haji ak ni sebab bermalam di mina ni hukumnya wajib dalam mengerjakan haji.
~ pic kabur sikit, al maklumla ak ni memang xpro amik pic ni..hehe..tp ni la kawasan mina agak kotor la sebab seluruh umat islam dr seluruh dunia datang berkumpul kat sini ~ |
Tapiiiiii, ujian kt mina ni hebatttt.. dah nama nak jadi tetamu Allah kenalah merasa bersusah payah xkan asyik nak senang je kerjanya, lemak la camtu. Kena lah buktikan yg kita ni betul2 sayang kan Allah ker, sanggup ker berkorban demi Allah, so pesanan ak korang suma nanti kena lah kuat & jangan mengeluh & terima dgn redha. Antara part mencabar bg ak toilet dia, masyaAllah punyaaaaaa laaaa ramaiii org nak guna tandas, tapiiiii tandas sikit dan air pn sangatttttttttttttttttttt sikit, ak ingat lg ak tiba2 rasa nak buang air, masa tu dalam kul 3lebih kalau xsilap, korang bayangkan ak ni tunggu giliran nak msuk toilet tu smpai la masuk azan subuh, smpai kaki ak ni da ketar2 tau berdiri punyalaaaaa lama. Kat mina ni tak kira da pangkat ko apa sekali pn, doctor ker, dato' ker, datin ker, samaaaa jer semua kena beraturrrr. Tandas tu faham2 la camna keadaanya bila da tahap beribu orang yg guna.
So banyak2 kan la bersabar yer, part yg ak paling sedih bila tgk org2 tua buang air kat tepi2 jalan nak ker toilet tu sebab da xtahan da..kadang2 ak pelik tengok perangai sesetengah jemaah ni yg pentingkan diri dan tak nak mengutamakan orang tua, macam2 perangai kat sana ada. Ak pn mohon mintak hindar dr perangai2 camni, ak pn bukan la baik sangat tp ak tak leh tengok orang2 tua ni sedih... nak cerita pasal haji ni bnyak lagi..mata ak pn da berat sesangat niii, nanti2 la pulak sambungnya.. selamat malam semua n semoga dirahmati Allah..Amin6666
Musim Haji tiba lg...sronoknyaaaaa
Haji lagi, sambung blk cerita pasal haji ( da alang2 musim haji ni).....
Assalamualaikum semua n harap korang semua sihat. Malam ni ak nak smbung la blk cerita pasal haji ni..mesti ada mak cik2, pak cik2, adk kakak ker kt luar tu yg sibuk duk prepare nk siap2 pi mekah..ak tau memang sibukkkkkk..ak ingat lagi time ak nk pi dlu tapiii ak xsibukkkk pn, mak ak jer yg sibuk kemas barang22.. HEHEHE.. sebenarnyaaa ak xde moodddd pn nak pi haji since dr awal lg time mak ak ckp yg nama da naik tahun ni so dpt la kita pi haji, ak terus berubah muka, ak takuttttttttttt.. sebab macam2 cerita ak dgr pasal org menunaikan haji ni, dia punya ujian kt sana hebat22222...ak da fikir ni dosa ak yg berkilo22 ni..apa agaknya nnti jd kt sana. Maklum la muda lg kan, suka pi karok la brjimba2 dgn member2 la,
Ak cerita ni bukan nak takutkan ker apa cuma nak share pengalaman ak sepanjang di tanah suci. Sebenarnya di usia yg muda ni la seelok eloknya kita tanam azam nak pi tanah suci, kumpul duit dr sekarang, nak beli barang shopping macam beg tgn beribu riban boleh, make up setengah kilo pn da bape ribu kt situ so apa salahnye spend sikit tiap2 bulan dlm tabung haji. Berbalik pasal diri ak, mula2 sebelum ak smpai kt tanah suci ak memang xberapa happy mana la sebab ak tkut, smpai mak ak sendiri perasaannn sgt, dia siap tanya lg, farah xsuka ker dpt pi haji napa macam xsuka jer umi tgk ni? tersenyap ak..naluri ibu ni boleh tau kan ank dia punya feeling. Ak kesian kan umi ak yg bersemangat sgt2 nk pi sana, ak pn jawab la, suka umi cuma tkut sebab muda lg, sebenarnya ak tkut, ak balik dr mekah nnti prangai ak lg teruk ker sebab ak tau bila da pi haji ak kena jga tingkah laku ak ni, byk lg la kena jga, yerla ak pn manusia biasa bukanya baik sgt, bila da nama manusia tu mestila selalu lalai kan.
airport Jeddah yg sgtttt luassss....(2008) |
Tapiiiii, ada la sekali tu time ak pi kursus haji, hati ak tersentuh bila dgr kata2 ustaz yg bg ceramah tu ,dia ckp bg org2 muda yg dpt pi haji ni bersyukurlah sgt2 sebab di usia muda ni kamu diberi peluang mngerjakan haji sebab Allah dah pilih kamu menjadi tetamu Dia, bukan kamu yg tentukan tp Dia yg tentukan. Baru la ak sedar & terdetik la rasa sgt2 bersyukur dlm diri ni, sgt byk kelebihan tunaikan haji time muda2 tgh gagah lg ni. Terus terang ak ckp buat haji ni memang fizikal n mental kena kuat & stamina kena cukup sebab tu la penting nak buat haji ni salah satu syarat dia mmpu dr segi kesihatan, lg 1 niat kena betol pastikan niat nak pi sana ikhlas krn Allah n niat la nak tolong org2 yg xberdaya ni insyaAllah Allah permudahkan segalanya nnti. Alhamdullilah smpai jer ak kt jeddah ak rasa tenang yg amat sgt & da timbul rasa rindu tiba2 dlm ati ni, rindu yg xreti ak nk cerita la..apa2 pn korang tgk la pic ni sndri yer..nnti ak smbung lg crita..xlarat daaa mata da naik juling ni tgk laptop, kang xpasal2 terkeluar trus mata ak..huhuhu..nyte semua, bubuiiiiiii
~ Odw nk pi hotel ~ |
~ ehem2 da smpai hotel sempat la posing jap...wahahaha ~ |
~ bermabit di muzdalifah, besar ujian kt sni kena kongsi tandas dgn beribu2 jemaah hj, xder toilet khas tuk vip k, sndiri mau ingt la! sorryyyyy.. ~ |
~ masjidil haram ~ |
Makkah Al Mukarramah
HAJI...memori terindah 2008
Assalamualaikum semua & selamat mlm..dah xlama kan nak masuk raya haji..semoga jemaah2 haji yg trpilih tahun ni selamat pergi n pulang, seronoknya jd tetamu Allah, semoga ada peluang lg tuk pi sana, teringat sgt2 kenangan masa menunaikan haji tahun 2008, masa tu farah hbs jer final exam, ptg tu hbs exam trus pecut dr uitm dungun ker kuantan sbb esoknye ada kenduri doa selamat sebelum pi haji, fara berangkat awl bulan 12 tahun 2008 kalau xsilap, sebenarnye rasa xbersedia sgt2 la nak pi sana bukan xsuka tp takut, maklum la muda lg so macam2 la duk fikir, member2 pun xhabis2 duk takut2 kan..biasa la masa tu fara baru 21 so nak enjoy je kerjanya, kursus haji pn xsempat nak pi sbb sbuk dgn class smpai umi duk bleter la kt rmh, tp syukur sgt2 alhamdullilah jejak jer kaki kt tanah suci mekah semuanya brjalan dgn lancar. Allah permudahkan segala urusan kt sana, x tau camna fara nak ckp kan perasaan masa ada kt kota suci mekah, sgt2 la indah, tenang, sedih n rinduuuuuuuu amat sgt..nnti la fara smbung cerita pasal kota suci mekah ni..apa2 pn kita tgk dlu sebahagian tmpt2 kota suci mekah yg sempat fara ambil masa kt sana..nnti fara smbung lg cerita pasal mekah n keindahan kt sana yer..xlarat da mlm2 ni..hehe..
~my umi~ |
ni masa mula smpai makkah, ni kat airport jeddah..sgt la lama duk kt sini kena ikut turn.. |
muya my lovely frenzzz |
mak2 sedara yg giler2 n my umi yg cool!!..huhu |
ni masa kt mina..sempat la posing jap ats bukit ni...hehe.. |
No comments:
Post a Comment