RESEPI




Assalamualaikum...


CHOCOLATE MOIST AGAIN!!!





Kali ni ak nak kongsikan resepi yang sama lagi, al maklumlah kek ni memang ramai sangat peminatnya termasuk lah ak sendiri..HUHU...ak siapkan order dari sorang ofismate ak ni sarah, dia order special tuk hubby tersayang..dua2 satu ofis dengan ak..kali ni kelam kabut sikit ak nak siapkan kek ni sebab ak tak perasan bahan2 banyak yg tak der..mula la ak membebel sekor2 kat dapur tu..HEHE..minggu ni ak memang rushing banyak sangat problem nak settle sampai ak lupa kek yg org order ni...belum tua lg da nyanyuk..HUHU..Anyway my dear sarah, thankzz coz selalu order kek dengan I..HEHE





So ada la part ak ubah sikit dalam resepi ni..sikit jer ak ubah..tak banyak pun..HEHE..ak tak berani nak derhaka lebih2 kalau nak buat kek customer ni..kalau kek nak makan kat rumah tak yah citer lah macam2 fesyen ak buat..suka hati mak bapak ak jer ak derhakakan resepi2 tu..HUHU..





Bahan A :

  • 1 cawan gula pasir  (ak kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat (ak kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe (resepi asal xder)
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :

  • 4 biji telur - diblender (ak pukul smpai kembang tp pakai tgn jerla)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

Ganache Topping

Bahan- bahan:

  • 100gm Coklat masakan (dipotong kecil)
  • 125 ml susu segar ( ak lupa nak beli susu so ak pn tibai la susu anlene..HEHE)
  • 1sb butter
Cara-cara: Satukan kesemua bahan di dlm periuk dan masak dgn api prlahan. Gunakan kaedah double boil. Kcau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api da kcau lg sebati. Setelah agak suam sedikit bolehlah dicurahkan ke atas kek ( pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba


**Kukus menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak. Ak kukus 1 1/2 jam. Bila cucuk dngn lidi dan tak melekat tu, kira dah masaklah. Sejukkan dan bolehlah dihias ikut suka. Selamat Mencuba.











TIRAMISU...my 1st try...





Asslamualaikum w.b.t semua...harap korang semua sihat, ramai betul org cuti hari ni..kat ofis ak ni tak der org pun sunyiiii jer nak2 yg dah ada family sendiri lagi la mau tahun depan ni baru nampak muka gamaknya..HUHU..last week baru2 ni budak2 ofis ak ni buat potluck suka2 jer sempena hujung tahun kot..dieorg request kat ak suruh buat cheesecake, ak pn duk fikir kek apa la ak nak wat ni..memandangkan ak ni pn memang hantu cheesecake & memang suka sgt mkn tiramisu so ak decide nak buat la tiramisu..sebelum ni ak buat cotton cheesecake jer so nak try la tiramisu lak..alhamdullilah la dieorg suka jerk mkn ak tgk siap ckp sedappppp lg..HEHE..perasan jap kembang kempis rasa, ada dah ofismate yg tanya harga nak order, jap jer habis kek tu cuma bagi ak rase nescafe tu tak rasa sgt la maybe ak kene lebihkan sket nescafe lepas ni letak sekawah terus senang sikit..HUHU..ak ambil resepi kek ni dari blog kak zai...memang trbaik la resepi akak ni..mintak share yer kak..


Sumber resepi : Kak Zai

Sumber Asal: umi_e (myresepi.com)



Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm 
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya... 





~ potong kek kepada 3 bahagian & lapiskan dgn creamcheese bg setiap bahagian~

~ kat luar kek ni cover dengan non-dairy whipping cream ~



~ deco ala2 kadar jer huhu..malassssss ~



~ ermmm laporrrnyeeee ~







ORANG CUPCAKE WITH CHOCO CHIP & BLUEBERRY


Assalamualaikum semua..





Cuti baru2 ni sempena awal muharram sempat la ak wat cupcake ni..1st sebab ak da janji dengan anak2 buah ak if dieorg balik ak kena wat cake & 2nd sebab member ak kt kL ni da berkurun2 mengidam nak makan benda alah ni..HUHU..so before ak turun kL ak siapkan la cupcake ni..asalnye resepi swiss roll tapi ak main bedal jer wat cupcake, HEHE..ak guna resepi ni sebab ak suka tekstur kek ni yg sgttttt lembut & gebu memang senang laa nk hadam & tak manis sgt..ak ni memang tak suka kek yg manis2 sgt..resepi ni ak cilok kat blog Dapurku sayang...mintak halal yer kak ambil resepi ni & sharekan..apa2 pn resepi ni memang sedap marvelousss!!!


~ ak add blueberry ats kek ni alang2 da ada blueberry dlm peti tu & kat dlm tu ak add choco chip~
~ untuk toping atas ni ak gune non-dairy whipping cream so rasa dia faham2 la yer mcam aiskrim gitu~
Sumber resepi: DapurKu SaYang

bahan-bahan : (fara doublekan adunan ni)
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil orange paste
  • blueberry filling agak2 jer tuk cupcake
  • 1 sudu kecil baking powder

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan acuan cupcake.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Masukkan orange paste dan kacau sampai sekata .
  5. Paipkan adunan ke dalam bekas cupcake, paipkan separuh dahulu kemudian letakkan choco chip & penuhkan semula sehingga 3/4 sahaja.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit.Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan letak 1 sudu kecil blueberry filling. 

Topping:

Putar non-dairy whipping cream, agak2 jer tuk cupcake ni & boleh la hias ikut kreativiti masing2..:)























JAPANESE COTTON CHEESECAKE


Ermm nama memang classs..huhu..rasa dia tak yah citer la memang umppphhh..ak memang suka makan apa2 yg related dengan cheese ni cuma bezanya kek ni dia sangat laaaaa lembut macam kapas, if makan tu tak perlu susah2 nak kunyah leh telan terus jer..HEHE..ak memang selalu buat kek ni sebab customer2 ak pun sukakan kek ni..tapi kek ni if simpan dlm fridge lagi laaa bertambah2222 rasa sedapnyeee tu..makan 1 nak lagi & lagi & lagiiii..HEHE..





~ ni la rupanya..nampak pun da rasa laporr ni..adehhh..ni yg officemate order..~





~ ni 1 lagi order dari officemate tapi dia nak ada topping blueberry lak..HUHU ~Kat sini ak sharekan resepi kek yg marvelousss ni..boleh la try sendiri & rasa kesedapan kek ni..cuma kena beware sikit la, ikut betol2 instruction dia jangan main hentam jer..nanti tak jadi lak..resepi ni pn ak dapat kat my resepi...selamat mencuba nantii!!


Sumber resepi : Aan Raihana 
Resepi asal : alma@myresipi.com 

Bahan-bahan ( 8-inci )
  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon 


Cara-cara
  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj). 
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil. Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

























Custard Teacake againnn


Assalamualaikum w.b.t...sempena malam raya ni ak nak ucapakan selamat hari raya aidiladha & mohon maaf if terkasar bahasa ker ape ker....penat tak hilang lagi ni duk siapkan rendang tadi...HUHU..tapi ak bukan nak cerita pasal rendang ak nak cerita pasal custard teacake lagiii..HEHE.. entri sebelum ni ak da upload pun resepi custard teacake ni so boleh la refer kat sini resepinya..ak memang suka rasa kek ni,tak tau la orang lain kat luar tu. Bagi ak if korang suka makan custard so for sure korang suka rasa kek ni nak2 bila simpan dalam peti perghhh...if korang makan panas2 lak bila potong jer kek ni memang meleleh la custard tu kuar..ermmm sedapppp memang kena dengan selera ak ni tapi tak tau la selera orang ni tak sama kan...so if korang pun suka apa2 yang related dengan custard ni boleh la try yer..




~ letak inti custard kat tengah2 dia & lapis balik dengan adunan kek ~



~ ni order dari customer ~




~ tak sabor sangat nak makan time ni so keluar jer dari over terus potong & ngappp..HEHE, meleleh jer custard dia...ermm yummmyyyy~





Cup Cake amateur version..HEHE..


Assalamualaikum semua, hari ni ak rasa penattttt sangatttt, bukan hari ni jer termasuklah semalam gak..dua hari ni ak kena siapkan order2 dari officemate berturut2, nak reput rasa pinggang ni maklumlah ak tak biasa lagi buat cupcake ni tambah2 ofismate ak yang sorang ni request design & color sendiri & guna buttercream, so ak sepanjang hayat ni memang tak pernah buat buttercream biasanya ak deco gune fresh cream jer, apa lagi termenung jap la duk fikir entah jadi ker tak gamaknyaaaa cupcake ak ni kang ada gak jadi benda alah lain lak..HUHU..


tapiiiiiii disebabkan nak mencabar kehebatan diri sendiri, ececehhh...HEHE, ak pun ambil order minah ni & tak sangka menjadi gak. Alhamdullilah syukur..berjaya la ak siapkan cupcake ni dengan jayanya..HUHU.. so design & colors as per requested by my lovely customer -----> cik asiah..HEHE..thankzzz tau asiah coz selalu sangat order kek & cookies dari akak..apa2 pun jom layan dulu rupa cupcake ak yang da siap ni..tapi takderlah lawa mana maklumla ak ni baru lagi belajar merangkak lg..HEHE..haa lupeee..alang2 ak buat cupcake ni so ak pun buatkan la tuk birthday officemate ak yang sorang ni, lahir sama bulan dengan ak dekat2 pulak tu tarikhnya....HEHE..happyyy birthday hajar..




~ taraaa..HEHE, hudohh jer, maklum la baru blaja lagi~

Resepi kek ni sama jer macam ak pernah buat sebelum ni boleh refer kat sini..








~ ni ak buat tuk birthday officemate ak~

~ main hentam jer ni..HUHU~



Resepi Buttercream:

Sumber dari My Resipi 



Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )

  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara

  1. Pukul_sampai_kembang
     Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata.





Biskut Bunga Cina


Ribut tak, hujan pun tak, raya puasa jauh sekali cuma raya haji jer dah makin dekat..ngeh ngeh..tetiba lak buat biskut bunga cina ni. Ak wat biskut ni pn sebab request dari officemate ak. Baru dapat bernafas ni, awal2 bangun nak siapkan 2jenis biskut, tak buat biskut pun bangun awal gak..HEHE...kelam kabut hari ni, dengan mak ak nak pi kL nya, so ak la menjaga rumah hari ni jadi "mem" besor..HEHE.. biskut ni ak da derhakakan habis habisan ikut suka ak jer..tapi bila makan sedap gak, sekali makan nak lagi lepas tu nak lagi & lagiiiii..HEHE (persasannn gilerrr)..





Puas ak godek2 dalam internet ni cari resepi, tapi macam biasalah mesti ak intai2 kt blog sifu2 ak ni sapa lagi kalau bukan che mat gebu yang hebat tu. Apa-apa pun mintak izin yer ambil resepi & sharekan kat sini & derhakakan pulak resepinya..HEHE.. semoga bertambah pahala che mat. Aminnn..





Bauu diaa...hmmm, rasa nak makan terus panas2..mak ak punya tak sabor, baru je kuar dari oven kuih ni dia terus ngap..hmmm, apa lagi terbakar agaknya lidah tu. Mula la mulut tu tak leh nak tutup panas sangat melecur..Apa2 pun thankzz kat mak ak yang memang banyak bagi tips dalam bab2 buat kuih ni..Biasalah orang lama kan, HUHU...




Apa-apa pun jom layan dulu resepi ak ambil & derhakakan dari Che mat gebu ni. Mintak izin sharekan kat sini yer my lovely sifu..HEHE..


Sumber resepi : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda) (ak guna 250g)
160 g gula aising (mat guna 140 g) (ak gune 100g je)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum* (ak letak 200g)
100 g tepung jagung* (ak letak 180g)
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak) (ak ganti tepung ubi kayu 50g)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-) 
Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati. 
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan. 
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.





Almost Famous Amos Chocolate Chunk Cookies


Almost Famous Amos Chocolate Chunk Cookies



As usual, Assalamualaikum w.b.t. semua, & hopefully you alls kt luar sana have a nice day ahead. Ak ni memang jenis suka mkn cookies2 ni...segala jenis la, yg xsedap pun ak telan yg sedap apa tah lagi dengan bekas2 ak mkn, ak suka sangat mkn famous amos cookies cuma tak leh tahan rasa dia yg manisssss sgt tu. Ak memang alah sket manis2 ni, terus rasa sakit otak. Ak godek2 dalam internet jumpa la resepi adik beradik tiri famous amous ni, tapi 1 bapak la sebab rasa dia lebih kurang jer (bg ak laaa). Cookies ni laaa yg  dapat banyak request dari officemate ak, sampai tahap ak da bosan nak buat & makan cookies ni..HEHE..





~ bauuuu diaa memang ak perghhh, menggugat imankuuu  yg xseberapa ni...HUHU ~



tapiiiiiii budak2 kecik memang suka sgtttt, anak2 buah ak makan macam mkn nasik laaa...Anyway thanksss sangat2 kat kak Rima sebab resepi cookies yg bessttt ni. Ak ambil resepi cookies ni kat blog kak Rima la. Mintak halal yer ambil resepi cookies dari blog akak, farah doakan akak dimurahkan rezeki, aminnnn. If nak mencuba boleh laa terjah menerjah kat blok kak Rima yg sweet ni yer..ak malas nk taip resepi ni..HEHE..mata pun da ngatok ni duk teringat kat katil & bantal ak ni. Anyway selamat mencuba nanti sambil melayan pic cookies ak yg xseberapa cantiknyaa...HUHU...




~ ak buat hudoh la sket, bukan sket tapiii banyakkk...HEHE.. jauh la beza compare dengan kak Rima yg hebat tu..HEHE~





Custard Teacake



Cerita pasal kek ni, custard teacake ni dulu famous, aku selalu la godek2 kat blog2 masakan ni & ternampak la resepi ni kat blog Kak Ida, mula-mula ak takder la tertarik sangat tapiii bila K.Ida cakap kek ni sedapppp, very delicious cake and easy to make. Part delicious & easy tu yg ak tertarikkk sgt tu..bahan2 dia pn senang jer semua da ada kat dapur so ak pun apa lg terus belasah laaa..tak sabar giler kot nak rasa kek ni. Apa2 pn mintak halal yer Kak Ida amik resepi ni & share resepi ni..Bagi ak kek ni sedappppppppp, mmg kena la dengan tekak ak sebabbbb ak mmg suka benda2 yg ada custard ni so kek niiiii mmg ak suka, ak jerrrr yg mkn banyak..HEHE..tapi member2 ak pun suka gak kek ni, cuma kek ni manja sket la cepat sangat nak retak seribu, so ak pn godek2 la lg dalam blog ni jumpa la resepi yg da di derhakakann...ngeh ngeh, dari kak Hasue yg cute ni, dua kali la ak buat kek ni...versi pertama dr kak Ida & second time dr kak Hasue. So ak sukakan rasa yg kak Hasue da derhakakan tu...HUHU, sebabbb kek xperoi & lg sedap sebab custard filling tu banyakkk melimpah ruah macam ladang gandum..thankz sgtt2222 la kat sifu2 ni, kak Ida & kak Hasue tuk resepi ni..mintak halal yer..fara mintak izin sharekan resepinya kt sini yer sifu2 ku yg hebat ni...semoga bertambah la pahala akak2 sekalian sebab tak pernah kedekut share ilmu2 masakan ni..aminnn






~mmg sedappppp, ak sorang jer mkn byk..HEHE~








Custard TeaCake
Source: Kak Ida, 
Che Mat Gebu HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega -hasue guna marjerin
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) (hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. :D)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!






Raya Haji pun kena buat kuih gak....

Rumah aku ni hari raya haji memang wajib kena buat kuih. Mak aku la, biasala org tua kan. So balik kerja tadi aku pun duk prepare la nak buat German cookies ni, nama class giler.. HUHU.. Dari ofis lagi aku duk teringat nak buat cookies ni, tahun lepas aku dah try buat cuma aku xtahan sebab dia terlalu manja, aku ni da la ganaz, salah pegang sket dah hancur berderai xsempat nak masuk dalam mulut..HEHE.. tapiiiiii rasaaaaaa diaaa memanggg wallahhhh, bukan aku jer, family aku pun sukaaaaa, termasuk la member2 aku gak..xrugi la try cookies ni..n sangat la sesuai gak tuk orang yg xder gigi boleh terus hadam jer xyah susah2 nak proses.. Aku dpt resepi ni pn dr mat gebu, memang ak minat sesangat la dgn air tgn dia ni, da la suma resepi dia sedap2, memang xrugi pn try, apa2 pn mintak halal yer resepi2 yg aku dah try selama ni..semoga Allah murahkan rezeki mat gebu sebab xpernah kedekut untuk share ilmu2 dlm bidang masakan ni..





~ aku saja tambah coklat urai ~





Aku lebih kan sikit tepung, mak aku la yg request dia suruh tambah sebab dia xsuka tesktur biskut ni yg terlalu manja tu cepat hancur..so aku ikut jerla cakap sifu aku ni..mak aku lak sibuk duk buat almond london tadi...sama naik dengan anaknya kat dapur..HEHE...




Aku pn kurangkan gula aising dia, sebab aku ni memang jenis xsuka makan manis2 sgt..aku xsnggup lagi nak hilang kaki & tangan aku disebabkan kencing manis nanti..HUHU... penting jaga kesihatan dari awl ni sebelum terkena. Biorla manis dalam senyuman jer cam tuanya...heehee.. bapak perasan.. apa2 pn jom layan dulu resepi ni amik dari dapur mat gebu..terima kasih la kepada penyumbang2 resepi ni, semoga bertambah la pahala2 nanti..Aminnn


BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE
Sumber : Rima
Melalui : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn juga) (fara pakai Anchor)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum) (tepung ni aku lebihkan tapi aku main campak jer, yg penting adunan xlembik sgt xmelekat2 kat tgn)
40 gram gula aising, diayak (aku kurangkan 10gram)
Secubit garam (resepi asal tak letak)


.CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....




Biskut Arab


Assalamualaikum semua n selamat mlm..mlm ni fara nak bercerita pasal biskut arab n share resepi biskut arab, bikut ni mudah jer sikit jer bahanya, bg yg suka rasa mnyak sapi mesti suka la mkn biskut ni n biskut ni di balut dgn gula halus.. Asalnya malas sesangat nak membuatnya tapiiiiii di sebabkan seorng officemate fara ni duk merayu nak makan biskut arab, katanya dah 4 thn tak mkn...ish222 biar betul. Fara dah tak larat nak buat di sebabkan tempahan tuk bisukut raya yg lain2 pn tak trbuat lg..tp kesian la pulak tgk muke officemate ni so fara buat la juga..Godek2 dlm internet ni jumpa la..tppppp fara ubah la sket...mcm biasa la derhaka sket..hehehe...resepi ni kita kena la pndai ubah ikut citarasa n selera kita..apa2 pn fara seorg yg xsuke manis so sudah semestinya kurang manis dlm setiap masakan..sekian..HEHE....jom kite tgk dlu rupe bentuk biskut arab ni.....



haaaa ini laaaa die biskut arab yg fara siap kn tuk officemate tu..







biskut ni cute jer bulat2 kecik n di balut gula halus...


Bahan-bahan:


- 250gm minyak sapi
- 100gm gula halus ( gula ni fara xikut sukatan sbb fara main letak je n rse supaya xtrlalu manis)
- 500gm tepung gandum (tepung pn fara xletak byk letak sket2 dlu smpai la adunan tu xmelekat kt tgn n still lembut tuk di uli)

Cara-cara: Gaulkan kesemua bahan2 di atas n letak kan gula sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda, if suka manis so letak la lebih if xsuka manis kurang kan la gulanya, tepung tu fara letak sket2 gak smpai la xmelekat di tgn n lembut.. bila da siap tu boleh lah bulat kan kecik2 n bakar pd suhu 180 darjah celcius mngikut oven masing2..da siap bakar tu boleh la gelek kan dalam gula halus n letak la dlm paper cup..sekian n selamat mencuba..jgn lupe mulakan dgn bismillah tauuuu...aminnn



Chocolate Moist Cake With Ganache Topping



Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Sy tahu mesti ramai di luar tu yg suka mkn kek coklat kan termasuk la dgn diri sy sendiri sendiri..HEHEHE..Saya ingin kongsi kan resepi kek coklat yg sgt22222 sedap n moist ni...sy amik resepi ni pn dr Puan Munira. Bg sy susah nk cari resepi kek coklat yg betul2 moist n sedap tapiiii resepi dr puan munirah ni memang de bommmm laa xkan menyesal la cuba..xsangka dari hobi suke wat kek n selalu bawak ker office tiba2 leh jadi biz lak, ramai officemate duk tempah..HEHEHE.. Alhamdullilah rezeki Allah..apa2 pn jom la kita tgk resepinya...tapiiiii sy da ubah sket n derhaka kan sket..hihi, ikut selera sy sbbb sy xsuke manis2222 sgt ni xtahann..




ni order dr officemate 

Bahan A :

  • 1 cawan gula pasir  (sy kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat (sy kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe (resepi asal xder)
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :

  • 4 biji telur - diblender (fara pukul smpai kembang tp pakai tgn jerla)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

Ganache Topping

Bahan- bahan:

  • 100gm Coklat masakan (dipotong kecil)
  • 125 ml susu segar ( if nak lg sedap gune whipping cream)
  • 1sb butter
Cara-cara: Satukan kesemua bahan di dlm periuk dan masak dgn api prlahan. Gunakan kaedah double boil. Kcau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api da kcau lg sebati. Setelah agak suam sedikit bolehlah dicurahkan ke atas kek ( pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba


**Kukus menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak. Fara kukus 1 1/2 jam. Bila cucuk dngn lidi dan tak melekat tu, kira dah masaklah. Sejukkan dan bolehlah dihias ikut suka. Selamat Mencuba.



No comments:

Post a Comment