Monday, 15 October 2012

Punca gangguan jin


Sebab-sebab Gangguan Jin
 
Assalamualaikum wbt.. diharapkan semuanya sihat dan ceria2 selalu. Hari ni nak sambung la balik cerita bab2 jin ni. Kalau kita tengok hari ni, hampir hari2 la ada kes gangguan jin ni, histeria la, santau la, even susuk pn sebenarnya membabitkan perjanjian antara manusia dengan jin tanpa kita sedar, kita ingatkan nak dapatkan wajah yg berseri2 biar ramai orang tergila2 tapi kita tak sedar yg kita dah mensyirikkan Allah s.w.t. dan kita menyakiti diri kita sendiri. Banyak sangat perkara yg kita terlepas pandang, contohnya amalan seperti isyarat tubuh, azimat2 yg kita pakai, atau apa2 bacaan yg kita amalkan tuk kecantikan atau kekuatan dan macam2 lagi, semua ni tanpa kita sedar ada kaitannya dengan jin, dan apabila kita mengamalkan maka inilah antara punca2 berlakunya gangguan jin, banyak lagi punca-puncanya. Semua ni berdasarkan pengalaman Farah sepanjang dalam tempoh berubat. Alhamdullilah syukur sebab Allah s.w.t. izinkan dan berikan kesembuhan. Bagi sesiapa diluar sana yg ada mengalami masalah2 seperti ini, Farah doakan semoga cepat sembuh dan tolonglah kuatkan semangat yer dan percaya yg kuasa Allah s.w.t tu lebih besar, Dia yg mendatangkan sakit dan dengan izin Dia lah kita boleh disembuhkan, InsyaAllah.


~ni biasanya time ustaz nak scan tengok ( pic google jer, huhu)~


PUNCA-PUNCA JIN DAN SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA
sumber info dipetik dari Kunfayakun:

1. Jin menyintai manusia sama ada jin jantan menyintai manusia wanita atau jin betina menyintai manusia lelaki.

2. Manusia menyakiti jin dengan mencurahkan air panas ke atasnya (tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ) atau seorang terjatuh ke atasnya dari tempat tinggi atau kencing ke atasnya, menebang pokok tempat kediamannya dll.
3. Jin sengaja menzalimi manusia tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marahterlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah 

  
4. Mensyirikkan Allah.
["Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al Jinn : 6]  
  
5. Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.
6. Diganggu sihir.

7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid.

8. Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.

9. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.
["Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng." - HR Muslim]

10. Memasuki tempat-tempat jin (hutan, tandas, tempat pembuangan sampah, pantai...) tanpa membaca doa perlindungan.

11. Kanak-kanak keluar bermain pada waktu Maghrib.
["Apabila masuk waktu malam atau senja, masukkan anak-anak kamu kedalam rumah kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Dan pada waktu malam, kuncilah pintu-pintu dan sebutlah dengan nama Allah kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang dikunci dengan nama Allah." - HR Muslim]

12Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.
["Tiada seorang pun anak-anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya. Sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa) sahaja." - HR Bukhari]

13. Manusia tidak berjemaah maksudnya suka bersendirian, fikiran dan jiwa kosong.

14. Malas menuntut ilmu.

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." 
[ 17 : 82 ]

~ ni time berubat ( pic google jer) ~

Semoga dapat membantu korang diluar sana. So, kalau rasa adanya wujud salah 1 tanda-tanda ni cepat2 la jumpa ustaz cek dan jangan dibiarkan. Kebiasaannya orang yg ada tanda2 gangguan jin sangatttttt la malassss yer nak pergi berubat ni. Ini berdasarkan pengalaman diri Farah sendiri la, yg beria2 nak bawa farah pi berubat sapa lagi of course la mak fara yg tak pernah putus asa. Nasihat farah la, walau semalas mana sekalipun korang nak sembhyang disebabkan gangguan ni tolongggglaaa bangun dan kuatkan diri lawan sebab itulah yg farah buat. Semoga dapat membantu diluar sana. InsyaAllah untuk entri akan datang farah kongsikan zikir2 amalan sebagai pendinding diri dan amalan apa yang harus kita amalkan sebagai pendinding.
 

Saturday, 13 October 2012

Lambaian Kaabah


Keindahan Kota Suci Makkah....


Assalamualaikum semua, & harap semuanya sihat2 & dirahmati Allah s.w.t. Penatnya hari ni, petang tadi ada kursus, balik kursus sambung buat cookies lak, ak buat kuih sambil layan tv Alhijrah & tv1, cerita pasal apa lagi pasal haji la sebab sekarang ni kan musim haji, ak kalau tgk jemaah2 ni ya Allah seriously ak rindu sangt kot nak pi makkah lagi. Rasa sgt bersyukur sebab jd tetamu Allah & ak doakan yg lain2 kat luar sana pn dijemput Allah untuk jd tetamuNya. Ak nak smbung balik pasal cerita ak time ak sampai kt kota Makkah dulu. Macam2 pngalaman la ada, masa tu korang sedarla, bagi ak la kan dalam proses mengerjakan haji ni paling mencabar fizikal & mental ni time korang kena berangkat ke muzdalifah, seterusnya ke Arafah dan ke mina memang kena ada banyak kesabaran & kekuatan yerrrr..


Muzdalifah

Definisi: Berada di bumi Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) hari tersebut. Sebaik-baiknya berada sepanjang malam dalam tempoh tersebut. Namun memadai walau berada seketika sahaja. Sah mabit bagi jemaah haji yang dibawa dengan bas melintasi Muzdalifah dalam waktu tersebut walaupun tidak menjejakkan kaki di Muzdalifah ataupun tertidur ketika bas 
melintasinya.

Di muzdalifah ni kena banyak bersabar yer, sebab masa ni semua jemaah berhimpit2, aku tengok dah macam lautan org dah, bercampur ada jemaah indon la, arab la semua dari pelusuk dunia la ada sebab semua wajib bermabit di Muzdalifah ni walaupun sekejap,time ni ak kutip batu dekat muzdalifah, sebab batu tu akan digunakan semasa di Mina nanti, time ni la ak nampk ada jemaah yg buta, sedih sgt hati ni tgk pak cik tu betapa kuatnya dia, buta mata tp celik hati. Kat Muzdalifah ni kalau nak pi tandas kena tarik nafas dalam2 yer kena beratur panjanggggg tapi xsepanjang kat mina & jangan la nak komen2 lak tandas kotor ke apa, korang kena sedorrr korang kongsi tandas dengan beribu2222 jemaaah...sekiannn!




~ haaa macam ni la keadaannya kat Muzdalifah, takda bantal empuk k, sowiiii!! duduk la atas tanah yg beralaskan tikar yg dibawa masing2, sekiannnn~




~ kesian mak cik & pak cik kt sini, semuanya kepenatan da ak tgk, bergelimpangan, time ni nak tunggu tuk berangkat ke arafah lak, sebab lepas ni kena berwuquf di arafah, kalau tak buat semua ni makaaa automatically terbatal lahhh haji anda..sia2 laa pi makkah, so kena pastikan kesihatan tu dijaga rapi yer, sebab ada jemaah yg tiba2 xsihat tau dan xdapat buat semua ni so sayang la, tapi Allah lebih tau, ustaz cakap ni semua ujian, kadang2 sampai sana tak leh nak wat haji, sama2 lah ambil iktibar yer~

Wuquf di Arafah


Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Kat Arafah ni pn korang kenalah banyak bersabar yer, duduk dalam kemah2 yg dah di sediakan, ak tdo kt arafah alaskan beg ak jer, penat tak yah citer la, memang penat, tp di arafah ni la kena rebut peluang tuk buat amal sebanyak mungkin sebab arafah ni merupakan salah 1 tempat yg makbul doanya, jadi fokus lah tuk beribadah, solat taubat, solat tasbih, solat hajat apa2 la yg seangkatan denganyaa.. berdoa la dengan penuh ikhlas dan khusyu'. Kat arafah ni, ustaz2 kat sana ada bg tau kalau nak berdoa tu duduk la kat luar kemah berdoa di luar kemah tu, patutla bila ak kuar dari kemah ak tgk ramai gak yg berdoa & sembhyg kt luar kemah ni. Nak dijadikan cerita sebelum kiteorg berangkat untuk ker Mina tiba2 ak dengar kecoh jemaah2 ni duk cakap nampak tulisan Allah kt atas langit, ak pn apa lg terus la keluar dr kemah, ya Allah memang betul pn ada tulisan 'الله' atas langit. Ak tergaman & rasa bersyukur sgt2.
Apa2 pun korang tgk la sebahagian tempat kt arafah ni sebagai panduan masa2 akan dtg nanti.


~ kat arafah ak xsempat amik gambar so ni ak amik dr goole tuk korang tgk keadaan di arafah ~


~ ni keaadaan dlm kemah jemaah wanita di arafah ~

Bermalam di Mina


Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Masa ak smpai di mina ni ak ingt lg waktu subuh. Subuh baru ak smpai, badan ni ya Allah punya la penat tapi ak kuatkan gak sebab penting ak jga stamina ak kat mina ni, kalau ak xberdaya ak xsihat nak pi melontar batu ni silap2 hr bulan memang batal la haji ak ni sebab bermalam di mina ni hukumnya wajib dalam mengerjakan haji.




~ pic kabur sikit, al maklumla ak ni memang xpro amik pic ni..hehe..tp ni la kawasan mina agak kotor la sebab seluruh umat islam dr seluruh dunia datang berkumpul kat sini ~



Tapiiiiii, ujian kt mina ni hebatttt.. dah nama nak jadi tetamu Allah kenalah merasa bersusah payah xkan asyik nak senang je kerjanya, lemak la camtu. Kena lah buktikan yg kita ni betul2 sayang kan Allah ker, sanggup ker berkorban demi Allah, so pesanan ak korang suma nanti kena lah kuat & jangan mengeluh & terima dgn redha. Antara part mencabar bg ak toilet dia, masyaAllah punyaaaaaa laaaa ramaiii org nak guna tandas, tapiiiii tandas sikit dan air pn sangatttttttttttttttttttt sikit, ak ingat lg ak tiba2 rasa nak buang air, masa tu dalam kul 3lebih kalau xsilap, korang bayangkan ak ni tunggu giliran nak msuk toilet tu smpai la masuk azan subuh, smpai kaki ak ni da ketar2 tau berdiri punyalaaaaa lama. Kat mina ni tak kira da pangkat ko apa sekali pn, doctor ker, dato' ker, datin ker, samaaaa jer semua kena beraturrrr. Tandas tu faham2 la camna keadaanya bila da tahap beribu orang yg guna. 


So banyak2 kan la bersabar yer, part yg ak paling sedih bila tgk org2 tua buang air kat tepi2 jalan nak ker toilet tu sebab da xtahan da..kadang2 ak pelik tengok perangai sesetengah jemaah ni yg pentingkan diri dan tak nak mengutamakan orang tua, macam2 perangai kat sana ada. Ak pn mohon mintak hindar dr perangai2 camni, ak pn bukan la baik sangat tp ak tak leh tengok orang2 tua ni sedih... nak cerita pasal haji ni bnyak lagi..mata ak pn da berat sesangat niii, nanti2 la pulak sambungnya.. selamat malam semua n semoga dirahmati Allah..Amin6666






























Thursday, 11 October 2012

Resepi: German Cookies @ Deutshe Kekse


Raya Haji pun kena buat kuih gak....

Rumah aku ni hari raya haji memang wajib kena buat kuih. Mak aku la, biasala org tua kan. So balik kerja tadi aku pun duk prepare la nak buat German cookies ni, nama class giler.. HUHU.. Dari ofis lagi aku duk teringat nak buat cookies ni, tahun lepas aku dah try buat cuma aku xtahan sebab dia terlalu manja, aku ni da la ganaz, salah pegang sket dah hancur berderai xsempat nak masuk dalam mulut..HEHE.. tapiiiiii rasaaaaaa diaaa memanggg wallahhhh, bukan aku jer, family aku pun sukaaaaa, termasuk la member2 aku gak..xrugi la try cookies ni..n sangat la sesuai gak tuk orang yg xder gigi boleh terus hadam jer xyah susah2 nak proses.. Aku dpt resepi ni pn dr mat gebu, memang ak minat sesangat la dgn air tgn dia ni, da la suma resepi dia sedap2, memang xrugi pn try, apa2 pn mintak halal yer resepi2 yg aku dah try selama ni..semoga Allah murahkan rezeki mat gebu sebab xpernah kedekut untuk share ilmu2 dlm bidang masakan ni..





~ aku saja tambah coklat urai ~





Aku lebih kan sikit tepung, mak aku la yg request dia suruh tambah sebab dia xsuka tesktur biskut ni yg terlalu manja tu cepat hancur..so aku ikut jerla cakap sifu aku ni..mak aku lak sibuk duk buat almond london tadi...sama naik dengan anaknya kat dapur..HEHE...





Aku pn kurangkan gula aising dia, sebab aku ni memang jenis xsuka makan manis2 sgt..aku xsnggup lagi nak hilang kaki & tangan aku disebabkan kencing manis nanti..HUHU... penting jaga kesihatan dari awl ni sebelum terkena. Biorla manis dalam senyuman jer cam tuanya...heehee.. bapak perasan.. apa2 pn jom layan dulu resepi ni amik dari dapur mat gebu..terima kasih la kepada penyumbang2 resepi ni, semoga bertambah la pahala2 nanti..Aminnn


BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE
Sumber : Rima
Melalui : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn juga) (fara pakai Anchor)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum) (tepung ni aku lebihkan tapi aku main campak jer, yg penting adunan xlembik sgt xmelekat2 kat tgn)
40 gram gula aising, diayak (aku kurangkan 10gram)
Secubit garam (resepi asal tak letak)


.CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....





Wednesday, 10 October 2012

Musim Haji tiba lagi.....sronoknyaaaa





Haji lagi, sambung blk cerita pasal haji ( da alang2 musim haji ni).....

Assalamualaikum semua n harap korang semua sihat. Malam ni ak nak smbung la blk cerita pasal haji ni..mesti ada mak cik2, pak cik2, adk kakak ker kt luar tu yg sibuk duk prepare nk siap2 pi mekah..ak tau memang sibukkkkkk..ak ingat lagi time ak nk pi dlu tapiii ak xsibukkkk pn, mak ak jer yg sibuk kemas barang22.. HEHEHE.. sebenarnyaaa ak xde moodddd pn nak pi haji since dr awal lg time mak ak ckp yg nama da naik tahun ni so dpt la kita pi haji, ak terus berubah muka, ak takuttttttttttt.. sebab macam2 cerita ak dgr pasal org menunaikan haji ni, dia punya ujian kt sana hebat22222...ak da fikir ni dosa ak yg berkilo22  ni..apa agaknya nnti jd kt sana. Maklum la muda lg kan, suka pi karok la brjimba2 dgn member2 la,

Ak cerita ni bukan nak takutkan ker apa cuma nak share pengalaman ak sepanjang di tanah suci. Sebenarnya di usia yg muda ni la seelok eloknya kita tanam azam nak pi tanah suci, kumpul duit dr sekarang, nak beli barang shopping macam beg tgn beribu riban boleh, make up setengah kilo pn da bape ribu kt situ so apa salahnye spend sikit tiap2 bulan dlm tabung haji. Berbalik pasal diri ak, mula2 sebelum ak smpai kt tanah suci ak memang xberapa happy mana la sebab ak tkut, smpai mak ak sendiri perasaannn sgt, dia siap tanya lg, farah xsuka ker dpt pi haji napa macam xsuka jer umi tgk ni? tersenyap ak..naluri ibu ni boleh tau kan ank dia punya feeling. Ak kesian kan umi ak yg bersemangat sgt2 nk pi sana, ak pn jawab  la, suka umi cuma tkut sebab muda lg, sebenarnya ak tkut, ak balik dr mekah nnti prangai ak lg teruk ker sebab ak tau bila da pi haji ak kena jga tingkah laku ak ni, byk lg la kena jga, yerla ak pn manusia biasa bukanya baik sgt, bila da nama manusia tu mestila selalu lalai kan.


airport Jeddah yg sgtttt luassss....(2008)

Tapiiiii, ada la sekali tu time ak pi kursus haji, hati ak tersentuh bila dgr kata2 ustaz yg bg ceramah tu ,dia ckp bg org2 muda yg dpt pi haji ni bersyukurlah sgt2 sebab di usia muda ni kamu diberi peluang mngerjakan haji sebab Allah dah pilih kamu menjadi tetamu Dia, bukan kamu yg tentukan tp Dia yg tentukan. Baru la ak sedar & terdetik la rasa sgt2 bersyukur dlm diri ni, sgt byk kelebihan tunaikan haji time muda2 tgh gagah lg ni. Terus terang ak ckp buat haji ni memang fizikal n mental kena kuat & stamina kena cukup sebab tu la penting nak buat haji ni salah satu syarat dia mmpu dr segi kesihatan,  lg 1 niat kena betol pastikan niat nak pi sana ikhlas krn Allah n niat la nak tolong org2 yg xberdaya ni insyaAllah Allah permudahkan segalanya nnti. Alhamdullilah smpai jer ak kt jeddah ak rasa tenang yg amat sgt & da timbul rasa rindu tiba2 dlm ati ni, rindu yg xreti ak nk cerita la..apa2 pn korang tgk la pic ni sndri yer..nnti ak smbung lg crita..xlarat daaa mata da naik juling ni tgk laptop, kang xpasal2 terkeluar trus mata ak..huhuhu..nyte semua, bubuiiiiiii




~ Odw nk pi hotel ~

~ ehem2 da smpai hotel sempat la posing jap...wahahaha ~


~ bermabit di muzdalifah, besar ujian kt sni kena kongsi tandas dgn beribu2 jemaah hj, xder toilet khas tuk vip k, sndiri mau ingt la! sorryyyyy.. ~

~ masjidil haram ~


Sunday, 7 October 2012

Tudung bawal 2 layer rainbow


Saat yg di tunggu2....

Askum semua, lemau jer rasa mlm ni sbb ak bru bangun..pas magrib td da tdo mengalahkan org pengsan...HUHU..mata ni ngatuk lg tp ak tringat janji ak kt mber nak upload pic tudung ni..crita psal tudung bawal 2layer rainbow ni, mak aiiii pnjangnya nama..kira tudung ni bru lg laa skrang n tgh meletopssss. 1st time ak tgk kt fb mber ak, perghhhhhhhh! memang sekali ak tgk jer trus ak da aim, dlm kepala ak da set ak mesti dapatkan tudung ni xkira laa camna pn, nk tdo pn ak teringat tudung ni..ak apa lg order la, sbb ak rsa tudung ni lain, cantikkkkkkkkk, senang nak pakai, xda la berbelit2 mcam ular mcm tudung lain tu, ak rimasss betol tdung yg berbelit2 mcam ular tu, nak smbahyang susah lambat ak nak bersiap, ak da la kejor masa so xda masa ak nk habiskan tuk pakai tudung berbelit2 ni. Ak bngun mlm ni dgn muka serabai da mcam antu ape ntah..HEHE, terpaksa la jd model murahan jap nak tunjuk kt member ak ni, beria2 sgt nak tgk rupa tudung ni, nak wat camna permintaan peminat, cehhh bapak perasan...k la malas nk bebel pnjang, sok ak nk kerja, kerja pn bersepah2 kt ofis tu, cuma ak leh ckp tudung ni sgtttttttt cantik bg ak n harganya memang korang mmpu laa setakat rm35 xyah la susah2 nk wat loan ker bergolok gadai ker, pejam mata jer k beli tudung ni....HEHEHE, ak order 3helai tudung ni ak ingt nk oder lg..huhuhu.. if nak order korang leh tgk sendiri kt fb tuan dia Tudung, hijab & shawls CintaHouSe.... gudnyteee sumaaa bubuiiiii..




 ~ jeng jeng jeng ~




~da smpai berdebor2 rsa nk bukak..WAHAHA~



muka serabai baru bangun tdo... WAHAHAHA


~tudung ni senang nk betuk so korang xyah susah ati k~



~ ehem ehem, hehe ~



Ciri-ciri Gangguan Jin, Sihir Dan Saka

Assalamualaikum semua & salam tgh hari,hope semua sihat2 n happy2. Hari ni nak sharekan pasal gangguan jin, sihir dan saka. Ramai antara kita yg xpercaya dan xberminat nak ambil tahu. Tp benda2 camni la yg penting sebenarnya, dulu fara sendiri pn xbrminat nak ambil tau n xpercaya kononnya tp sebagai org islam kita kena percaya bahawa wujudnya jin, syaitan iblis yg akan menyesatkan umat nabi Adam, so hari ni fara nak kongsikan sikit ciri-ciri gangguan jin, sihir dan saka dgn semua di luar sana semoga dpt di jadikan panduan bersama. Amin6666

Gangguan Jin
Gejala yang mungkin berlaku:
•    Hysteria.
•    Kerasukan/tidak sedarkan diri.
•    Rasa rendah diri.
•    Rasa ketakutan.
•    Hilang daya tumpuan untuk melakukan pekerjaan.
•    Diganggu semasa beribadat hingga sukar melaksanakan solat, zikir dan sebagainya.
•    Terdengar bisikan/suara.
Gangguan Sihir
Gejala yang mungkin berlaku:
•    Terdapat lebam-lebam pada badan.
•    Terdapat kesan gigitan pada badan.
•    Tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian.
•    Hilang keyakinan diri.
•    Rasa rendah diri.
•    Premis perniagaan tiada pelanggan (pelanggan tidak nampak).
•    Gangguan ketika beribadah.
•    Hubungan keluarga tiba-tiba dingin dan hambar.
•    Terkena penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.
Gangguan Saka
Gejala yang mungkin berlaku:
•    Mimpi harimau, ular, buaya dan lain-lain.
•    Hysteria.
•    Teringatkan orang yang sudah meninggal dunia.
•    Ketakutan.
•    Terdengar bisikan yang mengarahkan melakukan sesuatu.
•    Pelbagai masalah lain yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden.
Sumber: Zakizakirin.

Makkah Al Mukarramah


Makkah Al Mukarramah


HAJI...memori terindah 2008


Assalamualaikum semua & selamat mlm..dah xlama kan nak masuk raya haji..semoga jemaah2 haji yg trpilih tahun ni selamat pergi n pulang, seronoknya jd tetamu Allah, hope ada peluang lg tuk pi sana, teringat sgt2 kenangan masa menunaikan haji tahun 2008, masa tu farah hbs jer final exam, ptg tu hbs exam trus pecut dr uitm dungun ker kuantan sbb esoknye ada kenduri doa selamat sebelum pi haji, fara berangkat awl bulan 12 tahun 2008 kalau xsilap, sebenarnye rasa xbersedia sgt2 la nak pi sana bukan xsuka tp takut, maklum la muda lg so macam2 la duk fikir, member2 pun xhabis2 duk takut2 kan..biasa la masa tu fara baru 21 so nak enjoy je kerjanya, kursus haji pn xsempat nak pi sbb sbuk dgn class smpai umi duk bleter la kt rmh, tp syukur sgt2 alhamdullilah jejak jer kaki kt tanah suci mekah semuanya brjalan dgn lancar. Allah permudahkan segala urusan kt sana, x tau camna fara nak ckp kan perasaan masa ada kt kota suci mekah, sgt2 la indah, tenang, sedih n rinduuuuuuuu amat sgt..nnti la fara smbung cerita pasal kota suci mekah ni..apa2 pn kita tgk dlu sebahagian tmpt2 mekah yg sempat fara ambil masa kt sana..nnti fara smbung lg cerita pasal mekah n keindahan kt sana yer..xlarat da mlm2 ni..hehe..

~my umi~

ni masa mula smpai makkah, ni kat airport jeddah..sgt la lama duk kt sini kena ikut turn..

muya my lovely frenzz

mak2 sedara yg giler2 n my umi yg cool!!..huhu

ni masa kt mina..sempat la posing jap ats bukit ni...hehe..

Friday, 5 October 2012

biskut arab


Biskut Arab

Assalamualaikum semua n selamat mlm..mlm ni fara nak bercerita pasal biskut arab n share resepi biskut arab, bikut ni mudah jer sikit jer bahanya, bg yg suka rasa mnyak sapi mesti suka la mkn biskut ni n biskut ni di balut dgn gula halus.. Asalnya malas sesangat nak membuatnya tapiiiiii di sebabkan seorng officemate fara ni duk merayu nak makan biskut arab, katanya dah 4 thn tak mkn...ish222 biar betul. Fara dah tak larat nak buat di sebabkan tempahan tuk bisukut raya yg lain2 pn tak trbuat lg..tp kesian la pulak tgk muke officemate ni so fara buat la juga..Godek2 dlm internet ni jumpa la..tppppp fara ubah la sket...mcm biasa la derhaka sket..hehehe...resepi ni kita kena la pndai ubah ikut citarasa n selera kita..apa2 pn fara seorg yg xsuke manis so sudah semestinya kurang manis dlm setiap masakan..sekian..HEHE....jom kite tgk dlu rupe bentuk biskut arab ni.....

haaaa ini laaaa die biskut arab yg fara siap kn tuk officemate tu..

biskut ni cute jer bulat2 kecik n di balut gula halus...


Bahan-bahan:


- 250gm minyak sapi
- 100gm gula halus ( gula ni fara xikut sukatan sbb fara main letak je n rse supaya xtrlalu manis)
- 500gm tepung gandum (tepung pn fara xletak byk letak sket2 dlu smpai la adunan tu xmelekat kt tgn n still lembut tuk di uli)

Cara-cara: Gaulkan kesemua bahan2 di atas n letak kan gula sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda, if suka manis so letak la lebih if xsuka manis kurang kan la gulanya, tepung tu fara letak sket2 gak smpai la xmelekat di tgn n lembut.. bila da siap tu boleh lah bulat kan kecik2 n bakar pd suhu 180 darjah celcius mngikut oven masing2..da siap bakar tu boleh la gelek kan dalam gula halus n letak la dlm paper cup..sekian n selamat mencuba..jgn lupe mulakan dgn bismillah tauuuu...aminnn