Monday, 15 October 2012

Punca gangguan jin


Sebab-sebab Gangguan Jin
 
Assalamualaikum wbt.. diharapkan semuanya sihat dan ceria2 selalu. Hari ni nak sambung la balik cerita bab2 jin ni. Kalau kita tengok hari ni, hampir hari2 la ada kes gangguan jin ni, histeria la, santau la, even susuk pn sebenarnya membabitkan perjanjian antara manusia dengan jin tanpa kita sedar, kita ingatkan nak dapatkan wajah yg berseri2 biar ramai orang tergila2 tapi kita tak sedar yg kita dah mensyirikkan Allah s.w.t. dan kita menyakiti diri kita sendiri. Banyak sangat perkara yg kita terlepas pandang, contohnya amalan seperti isyarat tubuh, azimat2 yg kita pakai, atau apa2 bacaan yg kita amalkan tuk kecantikan atau kekuatan dan macam2 lagi, semua ni tanpa kita sedar ada kaitannya dengan jin, dan apabila kita mengamalkan maka inilah antara punca2 berlakunya gangguan jin, banyak lagi punca-puncanya. Semua ni berdasarkan pengalaman Farah sepanjang dalam tempoh berubat. Alhamdullilah syukur sebab Allah s.w.t. izinkan dan berikan kesembuhan. Bagi sesiapa diluar sana yg ada mengalami masalah2 seperti ini, Farah doakan semoga cepat sembuh dan tolonglah kuatkan semangat yer dan percaya yg kuasa Allah s.w.t tu lebih besar, Dia yg mendatangkan sakit dan dengan izin Dia lah kita boleh disembuhkan, InsyaAllah.


~ni biasanya time ustaz nak scan tengok ( pic google jer, huhu)~


PUNCA-PUNCA JIN DAN SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA
sumber info dipetik dari Kunfayakun:

1. Jin menyintai manusia sama ada jin jantan menyintai manusia wanita atau jin betina menyintai manusia lelaki.

2. Manusia menyakiti jin dengan mencurahkan air panas ke atasnya (tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ) atau seorang terjatuh ke atasnya dari tempat tinggi atau kencing ke atasnya, menebang pokok tempat kediamannya dll.
3. Jin sengaja menzalimi manusia tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marahterlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah 

  
4. Mensyirikkan Allah.
["Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al Jinn : 6]  
  
5. Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.
6. Diganggu sihir.

7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid.

8. Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.

9. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.
["Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng." - HR Muslim]

10. Memasuki tempat-tempat jin (hutan, tandas, tempat pembuangan sampah, pantai...) tanpa membaca doa perlindungan.

11. Kanak-kanak keluar bermain pada waktu Maghrib.
["Apabila masuk waktu malam atau senja, masukkan anak-anak kamu kedalam rumah kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Dan pada waktu malam, kuncilah pintu-pintu dan sebutlah dengan nama Allah kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang dikunci dengan nama Allah." - HR Muslim]

12Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.
["Tiada seorang pun anak-anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya. Sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa) sahaja." - HR Bukhari]

13. Manusia tidak berjemaah maksudnya suka bersendirian, fikiran dan jiwa kosong.

14. Malas menuntut ilmu.

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." 
[ 17 : 82 ]

~ ni time berubat ( pic google jer) ~

Semoga dapat membantu korang diluar sana. So, kalau rasa adanya wujud salah 1 tanda-tanda ni cepat2 la jumpa ustaz cek dan jangan dibiarkan. Kebiasaannya orang yg ada tanda2 gangguan jin sangatttttt la malassss yer nak pergi berubat ni. Ini berdasarkan pengalaman diri Farah sendiri la, yg beria2 nak bawa farah pi berubat sapa lagi of course la mak fara yg tak pernah putus asa. Nasihat farah la, walau semalas mana sekalipun korang nak sembhyang disebabkan gangguan ni tolongggglaaa bangun dan kuatkan diri lawan sebab itulah yg farah buat. Semoga dapat membantu diluar sana. InsyaAllah untuk entri akan datang farah kongsikan zikir2 amalan sebagai pendinding diri dan amalan apa yang harus kita amalkan sebagai pendinding.
 

No comments:

Post a Comment