Saturday, 13 October 2012

Lambaian Kaabah


Keindahan Kota Suci Makkah....


Assalamualaikum semua, & harap semuanya sihat2 & dirahmati Allah s.w.t. Penatnya hari ni, petang tadi ada kursus, balik kursus sambung buat cookies lak, ak buat kuih sambil layan tv Alhijrah & tv1, cerita pasal apa lagi pasal haji la sebab sekarang ni kan musim haji, ak kalau tgk jemaah2 ni ya Allah seriously ak rindu sangt kot nak pi makkah lagi. Rasa sgt bersyukur sebab jd tetamu Allah & ak doakan yg lain2 kat luar sana pn dijemput Allah untuk jd tetamuNya. Ak nak smbung balik pasal cerita ak time ak sampai kt kota Makkah dulu. Macam2 pngalaman la ada, masa tu korang sedarla, bagi ak la kan dalam proses mengerjakan haji ni paling mencabar fizikal & mental ni time korang kena berangkat ke muzdalifah, seterusnya ke Arafah dan ke mina memang kena ada banyak kesabaran & kekuatan yerrrr..


Muzdalifah

Definisi: Berada di bumi Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) hari tersebut. Sebaik-baiknya berada sepanjang malam dalam tempoh tersebut. Namun memadai walau berada seketika sahaja. Sah mabit bagi jemaah haji yang dibawa dengan bas melintasi Muzdalifah dalam waktu tersebut walaupun tidak menjejakkan kaki di Muzdalifah ataupun tertidur ketika bas 
melintasinya.

Di muzdalifah ni kena banyak bersabar yer, sebab masa ni semua jemaah berhimpit2, aku tengok dah macam lautan org dah, bercampur ada jemaah indon la, arab la semua dari pelusuk dunia la ada sebab semua wajib bermabit di Muzdalifah ni walaupun sekejap,time ni ak kutip batu dekat muzdalifah, sebab batu tu akan digunakan semasa di Mina nanti, time ni la ak nampk ada jemaah yg buta, sedih sgt hati ni tgk pak cik tu betapa kuatnya dia, buta mata tp celik hati. Kat Muzdalifah ni kalau nak pi tandas kena tarik nafas dalam2 yer kena beratur panjanggggg tapi xsepanjang kat mina & jangan la nak komen2 lak tandas kotor ke apa, korang kena sedorrr korang kongsi tandas dengan beribu2222 jemaaah...sekiannn!




~ haaa macam ni la keadaannya kat Muzdalifah, takda bantal empuk k, sowiiii!! duduk la atas tanah yg beralaskan tikar yg dibawa masing2, sekiannnn~




~ kesian mak cik & pak cik kt sini, semuanya kepenatan da ak tgk, bergelimpangan, time ni nak tunggu tuk berangkat ke arafah lak, sebab lepas ni kena berwuquf di arafah, kalau tak buat semua ni makaaa automatically terbatal lahhh haji anda..sia2 laa pi makkah, so kena pastikan kesihatan tu dijaga rapi yer, sebab ada jemaah yg tiba2 xsihat tau dan xdapat buat semua ni so sayang la, tapi Allah lebih tau, ustaz cakap ni semua ujian, kadang2 sampai sana tak leh nak wat haji, sama2 lah ambil iktibar yer~

Wuquf di Arafah


Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Kat Arafah ni pn korang kenalah banyak bersabar yer, duduk dalam kemah2 yg dah di sediakan, ak tdo kt arafah alaskan beg ak jer, penat tak yah citer la, memang penat, tp di arafah ni la kena rebut peluang tuk buat amal sebanyak mungkin sebab arafah ni merupakan salah 1 tempat yg makbul doanya, jadi fokus lah tuk beribadah, solat taubat, solat tasbih, solat hajat apa2 la yg seangkatan denganyaa.. berdoa la dengan penuh ikhlas dan khusyu'. Kat arafah ni, ustaz2 kat sana ada bg tau kalau nak berdoa tu duduk la kat luar kemah berdoa di luar kemah tu, patutla bila ak kuar dari kemah ak tgk ramai gak yg berdoa & sembhyg kt luar kemah ni. Nak dijadikan cerita sebelum kiteorg berangkat untuk ker Mina tiba2 ak dengar kecoh jemaah2 ni duk cakap nampak tulisan Allah kt atas langit, ak pn apa lg terus la keluar dr kemah, ya Allah memang betul pn ada tulisan 'الله' atas langit. Ak tergaman & rasa bersyukur sgt2.
Apa2 pun korang tgk la sebahagian tempat kt arafah ni sebagai panduan masa2 akan dtg nanti.


~ kat arafah ak xsempat amik gambar so ni ak amik dr goole tuk korang tgk keadaan di arafah ~


~ ni keaadaan dlm kemah jemaah wanita di arafah ~

Bermalam di Mina


Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Masa ak smpai di mina ni ak ingt lg waktu subuh. Subuh baru ak smpai, badan ni ya Allah punya la penat tapi ak kuatkan gak sebab penting ak jga stamina ak kat mina ni, kalau ak xberdaya ak xsihat nak pi melontar batu ni silap2 hr bulan memang batal la haji ak ni sebab bermalam di mina ni hukumnya wajib dalam mengerjakan haji.




~ pic kabur sikit, al maklumla ak ni memang xpro amik pic ni..hehe..tp ni la kawasan mina agak kotor la sebab seluruh umat islam dr seluruh dunia datang berkumpul kat sini ~



Tapiiiiii, ujian kt mina ni hebatttt.. dah nama nak jadi tetamu Allah kenalah merasa bersusah payah xkan asyik nak senang je kerjanya, lemak la camtu. Kena lah buktikan yg kita ni betul2 sayang kan Allah ker, sanggup ker berkorban demi Allah, so pesanan ak korang suma nanti kena lah kuat & jangan mengeluh & terima dgn redha. Antara part mencabar bg ak toilet dia, masyaAllah punyaaaaaa laaaa ramaiii org nak guna tandas, tapiiiii tandas sikit dan air pn sangatttttttttttttttttttt sikit, ak ingat lg ak tiba2 rasa nak buang air, masa tu dalam kul 3lebih kalau xsilap, korang bayangkan ak ni tunggu giliran nak msuk toilet tu smpai la masuk azan subuh, smpai kaki ak ni da ketar2 tau berdiri punyalaaaaa lama. Kat mina ni tak kira da pangkat ko apa sekali pn, doctor ker, dato' ker, datin ker, samaaaa jer semua kena beraturrrr. Tandas tu faham2 la camna keadaanya bila da tahap beribu orang yg guna. 


So banyak2 kan la bersabar yer, part yg ak paling sedih bila tgk org2 tua buang air kat tepi2 jalan nak ker toilet tu sebab da xtahan da..kadang2 ak pelik tengok perangai sesetengah jemaah ni yg pentingkan diri dan tak nak mengutamakan orang tua, macam2 perangai kat sana ada. Ak pn mohon mintak hindar dr perangai2 camni, ak pn bukan la baik sangat tp ak tak leh tengok orang2 tua ni sedih... nak cerita pasal haji ni bnyak lagi..mata ak pn da berat sesangat niii, nanti2 la pulak sambungnya.. selamat malam semua n semoga dirahmati Allah..Amin6666






























No comments:

Post a Comment