Thursday, 25 October 2012

Custard Teacake againn


Assalamualaikum w.b.t...sempena malam raya ni ak nak ucapakan selamat hari raya aidiladha & mohon maaf if terkasar bahasa ker ape ker....penat tak hilang lagi ni duk siapkan rendang tadi...HUHU..tapi ak bukan nak cerita pasal rendang ak nak cerita pasal custard teacake lagiii..HEHE.. entri sebelum ni ak da upload pun resepi custard teacake ni so boleh la refer kat sini resepinya..ak memang suka rasa kek ni,tak tau la orang lain kat luar tu. Bagi ak if korang suka makan custard so for sure korang suka rasa kek ni nak2 bila simpan dalam peti perghhh...if korang makan panas2 lak bila potong jer kek ni memang meleleh la custard tu kuar..ermmm sedapppp memang kena dengan selera ak ni tapi tak tau la selera orang ni tak sama kan...so if korang pun suka apa2 yang related dengan custard ni boleh la try yer..



~ letak inti custard kat tengah2 dia & lapis balik dengan adunan kek ~



~ ni order dari customer ~




~ tak sabor sangat nak makan time ni so keluar jer dari over terus potong & ngappp..HEHE, meleleh jer custard dia...ermm yummmyyyy~


Wednesday, 24 October 2012

Cupcake


Cup Cake amateur version..HEHE..
Assalamualaikum semua, hari ni ak rasa penattttt sangatttt, bukan hari ni jer termasuklah semalam gak..dua hari ni ak kena siapkan order2 dari officemate berturut2, nak reput rasa pinggang ni maklumlah ak tak biasa lagi buat cupcake ni tambah2 ofismate ak yang sorang ni request design & color sendiri & guna buttercream, so ak sepanjang hayat ni memang tak pernah buat buttercream biasanya ak deco gune fresh cream jer, apa lagi termenung jap la duk fikir entah jadi ker tak gamaknyaaaa cupcake ak ni kang ada gak jadi benda alah lain lak..HUHU..


tapiiiiiii disebabkan nak mencabar kehebatan diri sendiri, ececehhh...HEHE, ak pun ambil order minah ni & tak sangka menjadi gak. Alhamdullilah syukur..berjaya la ak siapkan cupcake ni dengan jayanya..HUHU.. so design & colors as per requested by my lovely customer -----> cik asiah..HEHE..thankzzz tau asiah coz selalu sangat order kek & cookies dari akak..apa2 pun jom layan dulu rupa cupcake ak yang da siap ni..tapi takderlah lawa mana maklumla ak ni baru lagi belajar merangkak lg..HEHE..haa lupeee..alang2 ak buat cupcake ni so ak pun buatkan la tuk birthday officemate ak yang sorang ni, lahir sama bulan dengan ak dekat2 pulak tu tarikhnya....HEHE..happyyy birthday hajar..




~ taraaa..HEHE, hudohh jer, maklum la baru blaja lagi~

Resepi kek ni sama jer macam ak pernah buat sebelum ni boleh refer kat sini..








~ ni ak buat tuk birthday officemate ak~

~ main hentam jer ni..HUHU~



Resepi Buttercream:

Sumber dari My Resipi 



Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )

  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara

  1. Pukul_sampai_kembang
     Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata.

Monday, 22 October 2012

Birthday Girls



~Secret Recipe..ummpph~


~lapor pulak perut ni, huhu~



Saja bagi perut korang lapor sikit..HEHE.. mata ni ngatuk lagi, orang lain tido ak berjaga, if berjaga sembahyang tobat tak per gak, ni tak terus ngadap laptop ni..HEHE..tak leh lama-lama gak malam ni tak larat sangat rasanya, lemahhh jer badan ni esok dah la ak kena siapkan banyak order org nak pengsan rasa..(*_*)..sebelum ak lupa malam ni ak nak ucapkan thankzz sangat2 kat officemate ak yg sorang ni  merangkap jiran sebelah ak kt office  & 1 department lah dengan ak sebab susah belanja tuk birthday akak dia ni & besday Hajar sekali..HEHE..Lambat lagi birthday kiteorang tapi dia belanja awal2 sebab nak cuti panjang katanya.. Thankzz yer adik asiah yg cute mute n quite notty ni..HEHE..sekali skali tekak ni nak layan western foods gak..huhu..thankzzz yer my lovely sis..muahhhh dari akak mu yang cute ni..HEHE..




~sebelah kiri ni officemate ak merangkap mber baik la..huhu~



~sekali sekala jdi model secret recipe apa salahnyaa..ngeh ngeh~





~jap jer da licin, HEHE~













~thankzzz  Sis Asiah...belanja akak..HEHE..semoga murah rezeki Asiah..aminnnn, control ayu yerr nampaknye..hehe~




































Saturday, 20 October 2012

Doa pendinding diri (Ayat Penggerak)


Assalamualaikum semua, hari ni farah nak kongsikan doa yang boleh kita jadikan amalan dalam harian kita sebagai pendinding dari manusia, jin dan apa-apa penyebab yang boleh memudaratkan diri kita. Doa ni fara sendiri pun amalkan sebagai doa harian selepas berubat & selepas terkena la, sebelum terkena tak pernah nak ambil tau doa-doa camni..HEHE.. biasalah manusia kan, bila da kena barulah nak sedar diri. Mula-mulanya kawan baik farah la yang suruh farah amalkan doa ni, dia siap cakap lagi cari kat youtube sebab kumpulan hijjaz buat doa ni macam lagu untuk memudahkan orang ramai amalkan doa ni, so bermula dari situ la fara jadikan amalan. 


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu oa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;






Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini:


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.









































Biskut Bunga Cina


Ribut tak, hujan pun tak, raya puasa jauh sekali cuma raya haji jer dah makin dekat..ngeh ngeh..tetiba lak buat biskut bunga cina ni. Ak wat biskut ni pn sebab request dari officemate ak. Baru dapat bernafas ni, awal2 bangun nak siapkan 2jenis biskut, tak buat biskut pun bangun awal gak..HEHE...kelam kabut hari ni, dengan mak ak nak pi kL nya, so ak la menjaga rumah hari ni jadi "mem" besor..HEHE.. biskut ni ak da derhakakan habis habisan ikut suka ak jer..tapi bila makan sedap gak, sekali makan nak lagi lepas tu nak lagi & lagiiiii..HEHE (persasannn gilerrr)..





Puas ak godek2 dalam internet ni cari resepi, tapi macam biasalah mesti ak intai2 kt blog sifu2 ak ni sapa lagi kalau bukan che mat gebu yang hebat tu. Apa-apa pun mintak izin yer ambil resepi & sharekan kat sini & derhakakan pulak resepinya..HEHE.. semoga bertambah pahala che mat. Aminnn..





Bauu diaa...hmmm, rasa nak makan terus panas2..mak ak punya tak sabor, baru je kuar dari oven kuih ni dia terus ngap..hmmm, apa lagi terbakar agaknya lidah tu. Mula la mulut tu tak leh nak tutup panas sangat melecur..Apa2 pun thankzz kat mak ak yang memang banyak bagi tips dalam bab2 buat kuih ni..Biasalah orang lama kan, HUHU...




Apa-apa pun jom layan dulu resepi ak ambil & derhakakan dari Che mat gebu ni. Mintak izin sharekan kat sini yer my lovely sifu..HEHE..


Sumber resepi : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda) (ak guna 250g)
160 g gula aising (mat guna 140 g) (ak gune 100g je)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum* (ak letak 200g)
100 g tepung jagung* (ak letak 180g)
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak) (ak ganti tepung ubi kayu 50g)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-) 
Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati. 
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan. 
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, 18 October 2012

Almost Famous Amos Chocolate Chunk Cookies



Almost Famous Amos Chocolate Chunk Cookies



As usual, Assalamualaikum w.b.t. semua, & hopefully you alls kt luar sana have a nice day ahead. Ak ni memang jenis suka mkn cookies2 ni...segala jenis la, yg xsedap pun ak telan yg sedap apa tah lagi dengan bekas2 ak mkn, ak suka sangat mkn famous amos cookies cuma tak leh tahan rasa dia yg manisssss sgt tu. Ak memang alah sket manis2 ni, terus rasa sakit otak. Ak godek2 dalam internet jumpa la resepi adik beradik tiri famous amous ni, tapi 1 bapak la sebab rasa dia lebih kurang jer (bg ak laaa). Cookies ni laaa yg  dapat banyak request dari officemate ak, sampai tahap ak da bosan nak buat & makan cookies ni..HEHE..





~ bauuuu diaa memang ak perghhh, menggugat imankuuu  yg xseberapa ni...HUHU ~



tapiiiiiii budak2 kecik memang suka sgtttt, anak2 buah ak makan macam mkn nasik laaa...Anyway thanksss sangat2 kat kak Rima sebab resepi cookies yg bessttt ni. Ak ambil resepi cookies ni kat blog kak Rima la. Mintak halal yer ambil resepi cookies dari blog akak, farah doakan akak dimurahkan rezeki, aminnnn. If nak mencuba boleh laa terjah menerjah kat blok kak Rima yg sweet ni yer..ak malas nk taip resepi ni..HEHE..mata pun da ngatok ni duk teringat kat katil & bantal ak ni. Anyway selamat mencuba nanti sambil melayan pic cookies ak yg xseberapa cantiknyaa...HUHU...




~ ak buat hudoh la sket, bukan sket tapiii banyakkk...HEHE.. jauh la beza compare dengan kak Rima yg hebat tu..HEHE~













Tuesday, 16 October 2012

Custard teacake



Cerita pasal kek ni, custard teacake ni dulu famous, aku selalu la godek2 kat blog2 masakan ni & ternampak la resepi ni kat blog Kak Ida, mula-mula ak takder la tertarik sangat tapiii bila K.Ida cakap kek ni sedapppp, very delicious cake and easy to make. Part delicious & easy tu yg ak tertarikkk sgt tu..bahan2 dia pn senang jer semua da ada kat dapur so ak pun apa lg terus belasah laaa..tak sabar giler kot nak rasa kek ni. Apa2 pn mintak halal yer Kak Ida amik resepi ni & share resepi ni..Bagi ak kek ni sedappppppppp, mmg kena la dengan tekak ak sebabbbb ak mmg suka benda2 yg ada custard ni so kek niiiii mmg ak suka, ak jerrrr yg mkn banyak..HEHE..tapi member2 ak pun suka gak kek ni, cuma kek ni manja sket la cepat sangat nak retak seribu, so ak pn godek2 la lg dalam blog ni jumpa la resepi yg da di derhakakann...ngeh ngeh, dari kak Hasue yg cute ni, dua kali la ak buat kek ni...versi pertama dr kak Ida & second time dr kak Hasue. So ak sukakan rasa yg kak Hasue da derhakakan tu...HUHU, sebabbb kek xperoi & lg sedap sebab custard filling tu banyakkk melimpah ruah macam ladang gandum..thankz sgtt2222 la kat sifu2 ni, kak Ida & kak Hasue tuk resepi ni..mintak halal yer..fara mintak izin sharekan resepinya kt sini yer sifu2 ku yg hebat ni...semoga bertambah la pahala akak2 sekalian sebab tak pernah kedekut share ilmu2 masakan ni..aminnn






~mmg sedappppp, ak sorang jer mkn byk..HEHE~








Custard TeaCake
Source: Kak Ida
Che Mat Gebu & HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega -hasue guna marjerin
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) (hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. :D)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!