Sunday 30 September 2012

Home


Chocolate Moist Cake With Ganache Topping


Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Sy tahu mesti ramai di luar tu yg suka mkn kek coklat kan termasuk la dgn diri sy sendiri sendiri..HEHEHE..Saya ingin kongsi kan resepi kek coklat yg sgt22222 sedap n moist ni...sy amik resepi ni pn dr Puan Munira. Bg sy susah nk cari resepi kek coklat yg betul2 moist n sedap tapiiii resepi dr puan munirah ni memang de bommmm laa xkan menyesal la cuba..xsangka dari hobi suke wat kek n selalu bawak ker office tiba2 leh jadi biz lak, ramai officemate duk tempah..HEHEHE.. Alhamdullilah rezeki Allah..apa2 pn jom la kita tgk resepinya...tapiiiii sy da ubah sket n derhaka kan sket..hihi, ikut selera sy sbbb sy xsuke manis2222 sgt ni xtahann..




ni order dr officemate 

Bahan A :

  • 1 cawan gula pasir  (sy kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat (sy kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe (resepi asal xder)
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :

  • 4 biji telur - diblender (fara pukul smpai kembang tp pakai tgn jerla)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

Ganache Topping

Bahan- bahan:

  • 100gm Coklat masakan (dipotong kecil)
  • 125 ml susu segar ( if nak lg sedap gune whipping cream)
  • 1sb butter
Cara-cara: Satukan kesemua bahan di dlm periuk dan masak dgn api prlahan. Gunakan kaedah double boil. Kcau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api da kcau lg sebati. Setelah agak suam sedikit bolehlah dicurahkan ke atas kek ( pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba


**Kukus menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak. Fara kukus 1 1/2 jam. Bila cucuk dngn lidi dan tak melekat tu, kira dah masaklah. Sejukkan dan bolehlah dihias ikut suka. Selamat Mencuba.





Assalamualikum w.b.t.




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam  ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w.

Selamat ptg tuk semua..smoga sihat, happy n bahagia..fara masih baru lg dlm dunia blog ni masih perlukan byk tunjuk ajar..apa2 pn smoga kite sentiasa dlm rahamt Allah..amin666.