TIPS & INFO

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT

Assalamualaikum...

Rasanya dah berapa kurun dah tak ambil port pasal blog ni, pemalas tol..hehe..
Hari ni mood rajen sikit..hehe, sikit jerla..Hari ni marilah kita sama-sama belajar 
beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang betul yer. Sumber ni
ak rembat kat blog masam manis..Blog fav ak, merangkap sifu ak, memang salute habis
la dengan kak ita ni..

Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas
 tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.

TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya 
beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur
 yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur 
di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. 
Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan 
lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik 
kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras
 dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur
 dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain.
 Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. 
Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.



Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu
menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap
sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama
6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa,
tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji 
barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah 
memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan 
bahan cecair seperti susu atau jus.


BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras.
Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia 
akan jadi berminyak.Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak 
akan menyebabkan biskut terbantut. 

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi 
bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek
 yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil 
apabila telur di masukkan.

Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan 
dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.

Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah 
mencairkan butter.


Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. 
Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap 
perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. 
Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk
dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru 
dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.Gunakan senduk 
kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan butter dengan margerin 

Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. 
Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak 
dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega.
 Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya ,
 adunan tidak kembang dengan elok.

TIPS MEMBUAT KEK

  • Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg
  •  diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada
  •  yg arif atau tuan empunya resepi.
  • Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, 
  • mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
  • Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering 
  • dan bersih.
  • Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah 
  • di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita 
  • menggunakan bahan yg telah di ayak.
  • Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu
  •  arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan 
  • menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan
  •  mentega.
  • ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan
  • terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. 
  • Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari 
  • suhu panas.
  • Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain
  •  seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula 
  • dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
  • Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan 
  • baking paper. 
  • Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan 
  • pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek
  •  rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
  • Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke 
  • dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak 
  • menyebabkan kek rosak.
  • Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2
  •  sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
  • Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup 
  • kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan 
  • merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya 
  • dgn kertas aluminium foil.
  • Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup 
  • kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses 
  • kejadian kek.
  • Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika
  •  ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
  • Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat 
  • bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.

MASALAH KEJADIAN KEK

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH 
  • Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
  • Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama 
  • di luar dan ia mencair sedikit
  • Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil
  •  sehingga kek masak.
  • Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang 
  • oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada 
  • suhu 190C.
KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
  • Suhu ketuhar terlampau tinggi
  • Gula dan mentega di pukul tidak cukup gebu
  • Kekurangan tepung atau telebih gula
  • Masa membakar terlalu pendek
  • Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan 
  • di rak tengah ketuhar
  • Serbuk penaik berlebihan
KEK MEREKAH
  • Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah
  •  dan hangus
  • Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi
  • Kandungan serbuk penaik terlalu banyak
  • Sukatan tepung terlebih
  • Masa membakar terlalu lama
KEK CHIFFON PENYEK
  • Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku
  • Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan 
  • di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
  • Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.
TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi 
sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau 
kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam 
peti sejuk.

Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk
 dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.

Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar 
beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan
 kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir 
kasar agar biskut kekal garing.Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar
 selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut 
yg telah di salut coklat ye!

Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan 
kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu.Happy Baking!

sumber:masam manis




Siapakah Farid Sanullah?



Siapa Farid Sanullah ni? Mesti ramai yg belum kenal penyanyi baru ni yg berasal dr Malaysia tapi menetap di Australia kalau tak salah la.. Dah beberapa kali aku dengar lagu ni kat radio sampai aku sendiri tercari2 siapa la penyanyi lagu ni..bukan main sedappppp lagi, tone die, music dia memang ak suka sangat2222, sesuai la tuk di dengar memang sejuk jer telinga ni meresap terus ke hati..haaa. Satu pagi tu ak dengar lagu ni kat ikim.fm & barulah ak tau nama penyanyi & asal usul Farid Sanullah ni, Farid Sanullah ni baru berusia 20 tahun, dilahirkan di Malaysia dan berpindah ke Australia sejak umurnya 3 bulan. Dia menuntut dalam bidang  programming.


~ ni la tuanya....ehem22, tergugat lak iman ni..HEHE~






~ Bersihhhhh jer muka, berseri2~


Ak memang dah jatuh cinta dengan lagu ni..hari ni jer dah berpuluh2 kali ak duk ulang lagu ni..HEHE..penyanyi dia pn sejukkkkk mataaa memandang..HEHE..tapii muda lagi taraf adik2..apa pun syukur makin bertambah penyanyi yg memperjuangkan lagu2 islam ni..InsyaAllah Farid Sanullah ni akan famous macam Maher Zain gak nanti, ak rasa la..If korang nak tengak Facebook dia boleh la klik kat sini ===> Farid Sanuallah


Kalau korang nak dgr sendiri lagu ni boleh la view kat sini Don't Forget Allah



Lyrics: DON’T FORGET ALLAH 




You down and out
You just can’t come
You wanna shout 
you lost all hope
On your knees, begging please 
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there 
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah 
You forget to say Subhanallah
Raise your hands 
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine 
The story of the three 
Who'll long to be 
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah 

Can’t you see His promise to you 
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah 
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah 

Get down and out
You just can’t go 
you wanna shout 
you lost all hope
On your knees 
begging please
You turn and pray 
to find your way 















Assalamualaikum semua, harap korang semua sihat walafiat..dah lama rasanya ak xupdate blog ni, da naik berkulat rasanya..sibuk dengan kerja, belajar & macam2 la masalah lain. Banyak betul ujian2 yg datang dalam hidup ni, bersilih ganti. Ape pun ak kena bersyukur sebab ujian2 ni semua tanda kasih sayang Allah terhadap diri ak, semoga ak kuat n semoga sahabat2 diluar tu pun kuat dalam menempuh ujian Allah s.w.t. Terimalah dengan hati yg redha.


KENAPA AKU DIUJI???





Ramai orang bertanya kenapakah mereka diuji sedangkan mereka tidak berbuat salah apa-apa ? Persoalan seperti itu tidak wajar keluar dari lisan seorang hamba yang menyerah diri dan mengerti tujuannya hidup di atas muka bumi ini.

Iaitu untuk diuji !

Firman Allah SWT : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk : 2)

Hidup ini ialah untuk diuji lalu kenapakah kita mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak diuji ? Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan terselamat daripada diuji ?

Sedangkan baginda nabi Salallahualaihiwassalam menyebut bahawa yang paling teruk diuji ialah
الأنبياء ، ثم الأمثل فالأمثل ، يبتلى الرجل على حسب دينه
“Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. (tambahan dalam riwayat yang lain menyebut) Tidaklah hilang bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya.” (hadith riwayat Ahmad, tirmidzi dan Ibn majah,).

Atau sebenarnya kita ingin memprotes dan mempertikaikan kenapa kita diuji kerana kita telah menunaikan solat, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya lalu kita mengharapkan sepatutnya hidup kita tidak lagi diganggu oleh Tuhan dengan apa jua ujian agar kita boleh hidup dengan senang dan bahagia di atas muka bumi ini ?

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)

Ujian yang datang daripada Allah membawa dua tujuan iaitu rahmat dan kebinasaan. 

Ianya memberikan rahmat apabila manusia berjaya mengharunginya dengan keimanan dan kesabaran serta lulus pada amal dan perbuatannya sesuai dengan apa yang Allah kehendaki. 

Ujian seperti ini meningkatkan/meninggikan kedudukan seseorang di sisi Allah SWT serta menghapuskan dosanya dan memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan syurga Allah SWT.

Sabda nabi Salallahualaihiwassalam,
إذا أحب الله قوما ابتلاهم
Maksudnya : “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi)

Manakala ujian yang kedua pula memberikan musibah dan penyebab kepada kehancurannya di dunia dan di hari akhirat. Iaitu ujian yang berbentuk menjauhkan seseorang daripada agama dan mengeluarkannya daripada jalan Allah.

Firman Allah SWT : “Mereka berkata: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang bersamu." (Nabi) Soleh berkata: "Nasibmu adalah dari sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang diuji."(An-Naml : 47)

Kita semua akan diuji kerana itu merupakan tujuan dan sebab kita diturunkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk diuji agar dapat dilihat siapakah yang beriman dan siapakah yang tidak. 

Ujian ialah peluang dan tanda kita dipandang oleh Allah 

Firman Allah SWT : “Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hanya menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang untuk mereka beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak dipeduli oleh Allah SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan mereka agar dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang yang beriman akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu dibangkitkan pada hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa.

Ini berdasarkan hadith daripada Anas ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba maka akan disegerakan hukuman terhadapnya di dunia dan jika Allah mengkehendaki keburukan kepada hambaNya maka dia akan menangguhkan hukuman terhadap dosanya agar dibalas pada hari kiamat.”(riwayat Hakim)

Sabda nabi salallahualaihiwassalam lagi,
من يرد الله به خيرا يُصِبْ منه
Maksudnya : “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan kebaikan maka dia akan ditimpakan dengan musibah.” (riwayat Al-Bukhari)

Manakala orang yang munafik dan tidak beriman, mereka diberikan kesenangan dan kelalaian sehingga menemui Allah SWT dalam keadaan sia-sia dan menderita akibat tidak beriman dan tidak beramal.  Bahkan Allah menyebut di dalam Al-Quran, yang bermaksud : “Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (At-Taubah : 126) Kata Imam Ibn Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah orang-orang munafik diuji dengan kelaparan dan penyakit setahun sekali atau dua kali. Menandakan sangat sedikit mereka diuji sehingga menimbulkan kelalaian dan keangkuhan dalam diri mereka. 

Apabila Allah menguji hamba-hambaNya itu bermaksud Dia masih memberikan peluang dan kesempatan untuk kita bertaubat dan kembali kepadaNya serta mengambil pelajaran. Oleh itu jangan dipandang bahawa orang yang hidupnya tiada masalah, sempurna dan selesa itu sebagai orang yang bertuah atau mendapat rahmat sebaliknya mereka itulah orang yang telah diabaikan dan terlepas peluang dari mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Ujian itu tanda cinta !







KENAPA KEK TAK MENJADI???


Ermm soalan ni memang famous bagi pembuat2 kek yg tegarrrr...HUHU..kenapa kek sy tak menjadi? kenapa kek sy bentat, kenapa kek sy merekah, kenapa kek sy mendap di tengah2 & banyak lagi la persoalan bab2 kek nii...so hari ni nak sharekan dgn korang ilmu yg sy pelajari sebelum sy mahir membuat kek ni.. info ni pun sy dapat dr blogger2 gak, dieorg la yg banyak bg tunjuk ajar & tak kedekut langsung nak share tips22 ni..so sy lak sharekan dengan korang semua..

Sumber: Fadli Halim


Antara kesilapan biasa ialah:

1) Selalu membuka pintu oven.

 Ini menyebabkan suhu oven jatuh mendadak. Apabila suhu jatuh, pengembangan udara didalam bancuhan (yang menolak molekul-molekul ke atas) menjadi terbantut, seterusnya menyebabkan molekul-molekul menguncup. Bayangkan melepaskan belon yang sedang dipam.Oven mestilah tidak dibuka langsung pada 15 minit pertama!

2) Oven tidak dipanaskan dengan sempurna (suhu tidak pada tahap yang sepatutnya).
Suhu yang rendah menyebabkan pengembangan udara yang minimum, tidak cukup kekuatan untuk menolak molekul ke atas. Permukaan kek akan masak dahulu dan ini menjadi benteng yang menghalang penolakan molekul. Akhirnya, struktur di bawah akan roboh kerana tidak berdaya untuk menolak lagi.

Suhu yang tinggi menyebabkan pengembangan udara yang maksimum, tetapi dinding molekul menjadi keras atau masak terlalu cepat. Molekul yang rapuh akan 'pecah' akibat penolakan udara panas yang berlebihan menyebabkan struktur roboh.

3) Terlebih mixing atau menggaul (tepung atau mentega).

Menggaul tepung secara berlebihan menyebabkan gluten terhasil. Gluten adalah jaringan serat yang terbentuk apabila air dan tepung diuli (seperti dalam pembuatan roti). Dalam erti kata lain, ia menyebabkan bancuhan menjadi 'liat' (walaupun tidak kelihatan pada mata kasar). Gluten adalah sesuatu yang perlu dielak dalam pembuatan kek. Sebenarnya semakin banyak anda menggaul, semakin banyak jaringan serat yang terhasil. Tepung perlu digaul pada kadar yang minimum.

Menggaul mentega (cair) secara berlebihan menyebabkan permukaan molekul menjadi licin (mentega bertindak sebagai pelincir) apabila molekul berselisih antara satu sama lain. Pergerakan molekul yang berlebihan menyebabkan struktur yang tidak stabil. Akhirnya ia roboh dan kek menjadi bantat.

Hope dapat bantu korang semua..good luck..^_^





Kelebihan & Keajaiban  Air Zam Zam


Assalamualaikum semua, malam ni tak larat nak taip panjang berat jer tangan ni..HUHU...just nak share pasal air zam zam ni, tadi masa on da way ak nak balik dengar radio suria kebetulan part ustazah Siti Nor Bahyah tengah bagi ceramah pasal air zam zam, memang banyak la kelebihan air zam zam & rasanya sure gak da tau tapi maybe tak secara detail la, so ak nak share lah dengan korang kelebihan & keajaiban air zam zam ni..


                      

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arabadalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji danumrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.




Tips untuk hilangkan stress

Assalamualaikum semua, hopefully korang semua sihat..lately ni busy sikit sampai tak sempat nak upload apa2 entri..huhu...hari ni ak rasa stress sangat2..macam2 nak kena settlekan so untuk coolkan diri ak sendiri & korang kat luar sana yang tengah stress tu ak nak share tips untuk hilangkan stress..


TIPS UTK HILANGKAN STRESS... 
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan 
tekanan hidup. Antaranya ialah : 


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk 
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan 
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan 
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca 
akan mudah diingati. 

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca 
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca 
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti 
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai 
teman paling akrab pada sepanjang waktu. 

3) Banyakkan Solat Sunat 

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal 
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat 
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai 
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam 
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan 
kekuatan daripada Allah. 

4) Selalu berdoa kepada Allah 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini 
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan 
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, 
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan 
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang 
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki 
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa 
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah 

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan 
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang 
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, 
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya 
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa 
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak 
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita 
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan 
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita 
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga 
akan bertambah erat dan kukuh. 

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk 
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. 
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan 
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing 
manis. 

8) Menangis dengan sepuas hati 

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan 
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut 
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada 
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka 
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, 
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang 
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 

9) Hargai kebolehan diri sendiri 

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita 
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk 
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. 
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan 
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai 
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

 10) Cintai diri sendiri 

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". 
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita 
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri 
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu 
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan 
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai 
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk 
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan 
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat 
diselesaikan dengan jayanya 



Doa Pendinding Diri



Assalamualaikum semua, hari ni farah nak kongsikan doa yang boleh kita jadikan amalan dalam harian kita sebagai pendinding dari manusia, jin dan apa-apa penyebab yang boleh memudaratkan diri kita. Doa ni fara sendiri pun amalkan sebagai doa harian selepas berubat & selepas terkena la, sebelum terkena tak pernah nak ambil tau doa-doa camni..HEHE.. biasalah manusia kan, bila da kena barulah nak sedar diri. Mula-mulanya kawan baik farah la yang suruh farah amalkan doa ni, dia siap cakap lagi cari kat youtube sebab kumpulan hijjaz buat doa ni macam lagu untuk memudahkan orang ramai amalkan doa ni, so bermula dari situ la fara jadikan amalan. 


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu oa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;








Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;


1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.



Keberuntungan beramal dengan doa ini:



Terhindar Daripada Bahaya


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.



Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan


Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.



Terhindar Daripada Sihir


Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.


Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.



Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.







Sebab-sebab Gangguan Jin
Assalamualaikum wbt.. diharapkan semuanya sihat dan ceria2 selalu. Hari ni nak sambung la balik cerita bab2 jin ni. Kalau kita tengok hari ni, hampir hari2 la ada kes gangguan jin ni, histeria la, santau la, even susuk pn sebenarnya membabitkan perjanjian antara manusia dengan jin tanpa kita sedar, kita ingatkan nak dapatkan wajah yg berseri2 biar ramai orang tergila2 tapi kita tak sedar yg kita dah mensyirikkan Allah s.w.t. dan kita menyakiti diri kita sendiri. Banyak sangat perkara yg kita terlepas pandang, contohnya amalan seperti isyarat tubuh, azimat2 yg kita pakai, atau apa2 bacaan yg kita amalkan tuk kecantikan atau kekuatan dan macam2 lagi, semua ni tanpa kita sedar ada kaitannya dengan jin, dan apabila kita mengamalkan maka inilah antara punca2 berlakunya gangguan jin, banyak lagi punca-puncanya. Semua ni berdasarkan pengalaman Farah sepanjang dalam tempoh berubat. Alhamdullilah syukur sebab Allah s.w.t. izinkan dan berikan kesembuhan. Bagi sesiapa diluar sana yg ada mengalami masalah2 seperti ini, Farah doakan semoga cepat sembuh dan tolonglah kuatkan semangat yer dan percaya yg kuasa Allah s.w.t tu lebih besar, Dia yg mendatangkan sakit dan dengan izin Dia lah kita boleh disembuhkan, InsyaAllah.


~ni biasanya time ustaz nak scan tengok ( pic google jer, huhu)~


PUNCA-PUNCA JIN DAN SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA
sumber info dipetik dari Kunfayakun:

1. Jin menyintai manusia sama ada jin jantan menyintai manusia wanita atau jin betina menyintai manusia lelaki.

2. Manusia menyakiti jin dengan mencurahkan air panas ke atasnya (tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ) atau seorang terjatuh ke atasnya dari tempat tinggi atau kencing ke atasnya, menebang pokok tempat kediamannya dll.
3. Jin sengaja menzalimi manusia tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marahterlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah 

  
4. Mensyirikkan Allah.
["Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al Jinn : 6]  
  
5. Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.
6. Diganggu sihir.

7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid.

8. Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.

9. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.
["Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng." - HR Muslim]

10. Memasuki tempat-tempat jin (hutan, tandas, tempat pembuangan sampah, pantai...) tanpa membaca doa perlindungan.

11. Kanak-kanak keluar bermain pada waktu Maghrib.
["Apabila masuk waktu malam atau senja, masukkan anak-anak kamu kedalam rumah kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Dan pada waktu malam, kuncilah pintu-pintu dan sebutlah dengan nama Allah kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang dikunci dengan nama Allah." - HR Muslim]

12Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.
["Tiada seorang pun anak-anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya. Sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa) sahaja." - HR Bukhari]

13. Manusia tidak berjemaah maksudnya suka bersendirian, fikiran dan jiwa kosong.

14. Malas menuntut ilmu.

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." 
[ 17 : 82 ]

~ ni time berubat ( pic google jer) ~

Semoga dapat membantu korang diluar sana. So, kalau rasa adanya wujud salah 1 tanda-tanda ni cepat2 la jumpa ustaz cek dan jangan dibiarkan. Kebiasaannya orang yg ada tanda2 gangguan jin sangatttttt la malassss yer nak pergi berubat ni. Ini berdasarkan pengalaman diri Farah sendiri la, yg beria2 nak bawa farah pi berubat sapa lagi of course la mak fara yg tak pernah putus asa. Nasihat farah la, walau semalas mana sekalipun korang nak sembhyang disebabkan gangguan ni tolongggglaaa bangun dan kuatkan diri lawan sebab itulah yg farah buat. Semoga dapat membantu diluar sana. InsyaAllah untuk entri akan datang farah kongsikan zikir2 amalan sebagai pendinding diri dan amalan apa yang harus kita amalkan sebagai pendinding.








Tudung bawal 2 layer rainbow...


Saat yg di tunggu2....

Askum semua, lemau jer rasa mlm ni sbb ak bru bangun..pas magrib td da tdo mengalahkan org pengsan...HUHU..mata ni ngatuk lg tp ak tringat janji ak kt mber nak upload pic tudung ni..crita psal tudung bawal 2layer rainbow ni, mak aiiii pnjangnya nama..kira tudung ni bru lg laa skrang n tgh meletopssss. 1st time ak tgk kt fb mber ak, perghhhhhhhh! memang sekali ak tgk jer trus ak da aim, dlm kepala ak da set ak mesti dapatkan tudung ni xkira laa camna pn, nk tdo pn ak teringat tudung ni..ak apa lg order la, sbb ak rsa tudung ni lain, cantikkkkkkkkk, senang nak pakai, xda la berbelit2 mcam ular mcm tudung lain tu, ak rimasss betol tdung yg berbelit2 mcam ular tu, nak smbahyang susah lambat ak nak bersiap, ak da la kejor masa so xda masa ak nk habiskan tuk pakai tudung berbelit2 ni. Ak bngun mlm ni dgn muka serabai da mcam antu ape ntah..HEHE, terpaksa la jd model murahan jap nak tunjuk kt member ak ni, beria2 sgt nak tgk rupa tudung ni, nak wat camna permintaan peminat, cehhh bapak perasan...k la malas nk bebel pnjang, sok ak nk kerja, kerja pn bersepah2 kt ofis tu, cuma ak leh ckp tudung ni sgtttttttt cantik bg ak n harganya memang korang mmpu laa setakat rm35 xyah la susah2 nk wat loan ker bergolok gadai ker, pejam mata jer k beli tudung ni....HEHEHE, ak order 3helai tudung ni ak ingt nk oder lg..huhuhu.. if nak order korang leh tgk sendiri kt fb tuan dia Tudung, hijab & shawls CintaHouSe.... gudnyteee sumaaa bubuiiiii..




 ~ jeng jeng jeng ~




~da smpai berdebor2 rsa nk bukak..WAHAHA~



muka serabai baru bangun tdo... WAHAHAHA


~tudung ni senang nk betuk so korang xyah susah ati k~



~ ehem ehem, hehe ~







Ciri-ciri Gangguan Jin, Sihir Dan Saka

Assalamualaikum semua & salam tgh hari,hope semua sihat2 n happy2. Hari ni nak sharekan pasal gangguan jin, sihir dan saka. Ramai antara kita yg xpercaya dan xberminat nak ambil tahu. Tp benda2 camni la yg penting sebenarnya, dulu fara sendiri pn xbrminat nak ambil tau n xpercaya kononnya tp sebagai org islam kita kena percaya bahawa wujudnya jin, syaitan iblis yg akan menyesatkan umat nabi Adam, so hari ni nak kongsikan sikit ciri2 gangguan jin, sihir dan saka dgn semua di luar sana semoga dpt di jadikan panduan bersama. Amin6666

Gangguan Jin
Gejala yang mungkin berlaku:
•    Hysteria.
•    Kerasukan/tidak sedarkan diri.
•    Rasa rendah diri.
•    Rasa ketakutan.
•    Hilang daya tumpuan untuk melakukan pekerjaan.
•    Diganggu semasa beribadat hingga sukar melaksanakan solat, zikir dan sebagainya.
•    Terdengar bisikan/suara.
Gangguan Sihir
Gejala yang mungkin berlaku:
•    Terdapat lebam-lebam pada badan.
•    Terdapat kesan gigitan pada badan.
•    Tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian.
•    Hilang keyakinan diri.
•    Rasa rendah diri.
•    Premis perniagaan tiada pelanggan (pelanggan tidak nampak).
•    Gangguan ketika beribadah.
•    Hubungan keluarga tiba-tiba dingin dan hambar.
•    Terkena penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.
Gangguan Saka
Gejala yang mungkin berlaku:
•    Mimpi harimau, ular, buaya dan lain-lain.
•    Hysteria.
•    Teringatkan orang yang sudah meninggal dunia.
•    Ketakutan.
•    Terdengar bisikan yang mengarahkan melakukan sesuatu.
•    Pelbagai masalah lain yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden.
Sumber: Zakizakirin.

2 comments:

  1. model murahan nie....wakakakaakaka

    ReplyDelete
  2. wahahahaha..terserlah nada kejelosannn di situ...miahahaha...

    ReplyDelete