Tuesday 25 December 2012

Chocolate Moist Cake Again


Assalamualaikum...






Kali ni ak nak kongsikan resepi yang sama lagi, al maklumlah kek ni memang ramai sangat peminatnya termasuk lah ak sendiri..HUHU...ak siapkan order dari sorang ofismate ak ni sarah, dia order special tuk hubby tersayang..dua2 satu ofis dengan ak..kali ni kelam kabut sikit ak nak siapkan kek ni sebab ak tak perasan bahan2 banyak yg tak der..mula la ak membebel sekor2 kat dapur tu..HEHE..minggu ni ak memang rushing banyak sangat problem nak settle sampai ak lupa kek yg org order ni...belum tua lg da nyanyuk..HUHU..Anyway my dear sarah, thankzz coz selalu order kek dengan I..HEHE





So ada la part ak ubah sikit dalam resepi ni..sikit jer ak ubah..tak banyak pun..HEHE..ak tak berani nak derhaka lebih2 kalau nak buat kek customer ni..kalau kek nak makan kat rumah tak yah citer lah macam2 fesyen ak buat..suka hati mak bapak ak jer ak derhakakan resepi2 tu..HUHU..





Bahan A :

  • 1 cawan gula pasir  (ak kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat (ak kurang kan 1/2 cwn shj)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe (resepi asal xder)
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :

  • 4 biji telur - diblender (ak pukul smpai kembang tp pakai tgn jerla)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

Ganache Topping

Bahan- bahan:

  • 100gm Coklat masakan (dipotong kecil)
  • 125 ml susu segar ( ak lupa nak beli susu so ak pn tibai la susu anlene..HEHE)
  • 1sb butter
Cara-cara: Satukan kesemua bahan di dlm periuk dan masak dgn api prlahan. Gunakan kaedah double boil. Kcau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api da kcau lg sebati. Setelah agak suam sedikit bolehlah dicurahkan ke atas kek ( pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba


**Kukus menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak. Ak kukus 1 1/2 jam. Bila cucuk dngn lidi dan tak melekat tu, kira dah masaklah. Sejukkan dan bolehlah dihias ikut suka. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment