Sunday 23 December 2012

Tiramisu

...my 1st try...




Asslamualaikum w.b.t semua...harap korang semua sihat, ramai betul org cuti hari ni..kat ofis ak ni tak der org pun sunyiiii jer nak2 yg dah ada family sendiri lagi la mau tahun depan ni baru nampak muka gamaknya..HUHU..last week baru2 ni budak2 ofis ak ni buat potluck suka2 jer sempena hujung tahun kot..dieorg request kat ak suruh buat cheesecake, ak pn duk fikir kek apa la ak nak wat ni..memandangkan ak ni pn memang hantu cheesecake & memang suka sgt mkn tiramisu so ak decide nak buat la tiramisu..sebelum ni ak buat cotton cheesecake jer so nak try la tiramisu lak..alhamdullilah la dieorg suka jerk mkn ak tgk siap ckp sedappppp lg..HEHE..perasan jap kembang kempis rasa, ada dah ofismate yg tanya harga nak order, jap jer habis kek tu cuma bagi ak rase nescafe tu tak rasa sgt la maybe ak kene lebihkan sket nescafe lepas ni letak sekawah terus senang sikit..HUHU..ak ambil resepi kek ni dari blog kak zai...memang trbaik la resepi akak ni..mintak share yer kak..


Sumber resepi : Kak Zai

Sumber Asal: umi_e (myresepi.com)



Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm 
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya... 




~ potong kek kepada 3 bahagian & lapiskan dgn creamcheese bg setiap bahagian~

~ kat luar kek ni cover dengan non-dairy whipping cream ~



~ deco ala2 kadar jer huhu..malassssss ~



~ ermmm laporrrnyeeee ~



































No comments:

Post a Comment