Tuesday 20 November 2012

Orange cupcake with choco chip & blueberry


Assalamualaikum semua..




Cuti baru2 ni sempena awal muharram sempat la ak wat cupcake ni..1st sebab ak da janji dengan anak2 buah ak if dieorg balik ak kena wat cake & 2nd sebab member ak kt kL ni da berkurun2 mengidam nak makan benda alah ni..HUHU..so before ak turun kL ak siapkan la cupcake ni..asalnye resepi swiss roll tapi ak main bedal jer wat cupcake, HEHE..ak guna resepi ni sebab ak suka tekstur kek ni yg sgttttt lembut & gebu memang senang laa nk hadam & tak manis sgt..ak ni memang tak suka kek yg manis2 sgt..resepi ni ak cilok kat blog Dapurku sayang...mintak halal yer kak ambil resepi ni & sharekan..apa2 pn resepi ni memang sedap marvelousss!!!


~ ak add blueberry ats kek ni alang2 da ada blueberry dlm peti tu & kat dlm tu ak add choco chip~



~ untuk toping atas ni ak gune non-dairy whipping cream so rasa dia faham2 la yer mcam aiskrim gitu~


Sumber resepi: DapurKu SaYang

bahan-bahan : (fara doublekan adunan ni)
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil orange paste
  • blueberry filling agak2 jer tuk cupcake
  • 1 sudu kecil baking powder

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan acuan cupcake.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Masukkan orange paste dan kacau sampai sekata .
  5. Paipkan adunan ke dalam bekas cupcake, paipkan separuh dahulu kemudian letakkan choco chip & penuhkan semula sehingga 3/4 sahaja.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit.Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan letak 1 sudu kecil blueberry filling. 

Topping:

Putar non-dairy whipping cream, agak2 jer tuk cupcake ni & boleh la hias ikut kreativiti masing2..:)
























Sunday 11 November 2012

Kenapa Kek Tak Menjadi


Ermm soalan ni memang famous bagi pembuat2 kek yg tegarrrr...HUHU..kenapa kek sy tak menjadi? kenapa kek sy bentat, kenapa kek sy merekah, kenapa kek sy mendap di tengah2 & banyak lagi la persoalan bab2 kek nii...so hari ni nak sharekan dgn korang ilmu yg sy pelajari sebelum sy mahir membuat kek ni.. info ni pun sy dapat dr blogger2 gak, dieorg la yg banyak bg tunjuk ajar & tak kedekut langsung nak share tips22 ni..so sy lak sharekan dengan korang semua..

Sumber: Fadli Halim


Antara kesilapan biasa ialah:

1) Selalu membuka pintu oven.


 Ini menyebabkan suhu oven jatuh mendadak. Apabila suhu jatuh, pengembangan udara didalam bancuhan (yang menolak molekul-molekul ke atas) menjadi terbantut, seterusnya menyebabkan molekul-molekul menguncup. Bayangkan melepaskan belon yang sedang dipam.Oven mestilah tidak dibuka langsung pada 15 minit pertama!

2) Oven tidak dipanaskan dengan sempurna (suhu tidak pada tahap yang sepatutnya).
Suhu yang rendah menyebabkan pengembangan udara yang minimum, tidak cukup kekuatan untuk menolak molekul ke atas. Permukaan kek akan masak dahulu dan ini menjadi benteng yang menghalang penolakan molekul. Akhirnya, struktur di bawah akan roboh kerana tidak berdaya untuk menolak lagi.

Suhu yang tinggi menyebabkan pengembangan udara yang maksimum, tetapi dinding molekul menjadi keras atau masak terlalu cepat. Molekul yang rapuh akan 'pecah' akibat penolakan udara panas yang berlebihan menyebabkan struktur roboh.

3) Terlebih mixing atau menggaul (tepung atau mentega).

Menggaul tepung secara berlebihan menyebabkan gluten terhasil. Gluten adalah jaringan serat yang terbentuk apabila air dan tepung diuli (seperti dalam pembuatan roti). Dalam erti kata lain, ia menyebabkan bancuhan menjadi 'liat' (walaupun tidak kelihatan pada mata kasar). Gluten adalah sesuatu yang perlu dielak dalam pembuatan kek. Sebenarnya semakin banyak anda menggaul, semakin banyak jaringan serat yang terhasil. Tepung perlu digaul pada kadar yang minimum.

Menggaul mentega (cair) secara berlebihan menyebabkan permukaan molekul menjadi licin (mentega bertindak sebagai pelincir) apabila molekul berselisih antara satu sama lain. Pergerakan molekul yang berlebihan menyebabkan struktur yang tidak stabil. Akhirnya ia roboh dan kek menjadi bantat.


Hope dapat bantu korang semua..good luck..^_^

Friday 9 November 2012

Kelebihan dan Keajaiban air zam zam


Assalamualaikum semua, malam ni tak larat nak taip panjang berat jer tangan ni..HUHU...just nak share pasal air zam zam ni, tadi masa on da way ak nak balik dengar radio suria kebetulan part ustazah Siti Nor Bahyah tengah bagi ceramah pasal air zam zam, memang banyak la kelebihan air zam zam & rasanya sure gak da tau tapi maybe tak secara detail la, so ak nak share lah dengan korang kelebihan & keajaiban air zam zam ni..


Sumber: Dunia Maklumat


                      


Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arabadalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji danumrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.




Wednesday 7 November 2012

Japanese Cotton Cheesecake



Ermm nama memang classs..huhu..rasa dia tak yah citer la memang umppphhh..ak memang suka makan apa2 yg related dengan cheese ni cuma bezanya kek ni dia sangat laaaaa lembut macam kapas, if makan tu tak perlu susah2 nak kunyah leh telan terus jer..HEHE..ak memang selalu buat kek ni sebab customer2 ak pun sukakan kek ni..tapi kek ni if simpan dlm fridge lagi laaa bertambah2222 rasa sedapnyeee tu..makan 1 nak lagi & lagi & lagiiii..HEHE..





~ ni la rupanya..nampak pun da rasa laporr ni..adehhh..ni yg officemate order..~





~ ni 1 lagi order dari officemate tapi dia nak ada topping blueberry lak..HUHU ~


Kat sini ak sharekan resepi kek yg marvelousss ni..boleh la try sendiri & rasa kesedapan kek ni..cuma kena beware sikit la, ikut betol2 instruction dia jangan main hentam jer..nanti tak jadi lak..resepi ni pn ak dapat kat my resepi...selamat mencuba nantii!!


Sumber resepi : Aan Raihana 
Resepi asal : alma@myresipi.com 

Bahan-bahan ( 8-inci )
  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon 


Cara-cara
  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj). 
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil. Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).



























Monday 5 November 2012

Hilangkan Stress

Tips untuk hilangkan stress

Assalamualaikum semua, hopefully korang semua sihat..lately ni busy sikit sampai tak sempat nak upload apa2 entri..huhu...hari ni ak rasa stress sangat2..macam2 nak kena settlekan so untuk coolkan diri ak sendiri & korang kat luar sana yang tengah stress tu ak nak share tips untuk hilangkan stress..



TIPS UTK HILANGKAN STRESS... 
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan 
tekanan hidup. Antaranya ialah : 


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk 
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan 
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan 
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca 
akan mudah diingati. 

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca 
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca 
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti 
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai 
teman paling akrab pada sepanjang waktu. 

3) Banyakkan Solat Sunat 

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal 
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat 
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai 
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam 
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan 
kekuatan daripada Allah. 

4) Selalu berdoa kepada Allah 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini 
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan 
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, 
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan 
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang 
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki 
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa 
hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah 

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan 
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang 
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, 
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya 
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa 
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak 
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita 
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan 
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita 
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga 
akan bertambah erat dan kukuh. 

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk 
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. 
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan 
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing 
manis. 

8) Menangis dengan sepuas hati 

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan 
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut 
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada 
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka 
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, 
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang 
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 

9) Hargai kebolehan diri sendiri 

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita 
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk 
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. 
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan 
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai 
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

 10) Cintai diri sendiri 

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". 
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita 
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri 
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu 
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan 
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai 
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk 
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan 
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat 
diselesaikan dengan jayanya